Showing posts with label vitamin e. Show all posts
Showing posts with label vitamin e. Show all posts

Monday, 7 April 2014

Vitamin untuk kesihatan lelaki


Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.

Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.

Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.

1)    Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.

Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX

2)    Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin

Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX

3)    Boron
Lelaki dengan pengambilan boron  yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

4)    Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

5)    Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam

Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6)    Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.

Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD

7)    Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.

Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX

8)    Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E


Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.

Wednesday, 26 March 2014

10 Tip Rawatan Wajah untuk Kulit Kombinasi


Kulit kombinasi biasanya berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu manakala di bahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering.Bagi anda yang memiliki kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.

10 Tip untuk mengatasi Kulit Kombinasi

v  Guna pembersih muka yang sesuai
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering.

v  Guna penyegar
Selepaskan membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar.Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang.

v  Pelembap khas
Sapu pelembap secara konsisten, dua kali sehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi.Pilih pelembap bertekstur gel atau losen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.

v  Alas bedak yang tepat
Buat anda yang mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak dari jenis matte atau pressed powder yang mengandungi pelindung suria minimum SPF15. Ia membantu mengawal minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.

v  Krim perlindungan cahaya matahari
Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atau avobenzone.

v  Bedak tabur
Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabor.Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata.

v  Masker wajah
Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah buaya amat sesuai digunakan.

v  Mengambil Suplemen
Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil supplemen.Produk kecantikan kebanyakkan hanya merawat dari luaran, suplemen pula akan bertindak merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A, C,E dan Zink. Suplemen membekal nutrient yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.

v  Perawatan malam
Jangan jadikan letih sebagai alasan untuk anda mengabaikan penjagaan wajah pada waktu malam.Selepas pembersihan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata.

v  Minum air secukupnya
Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan akan membantu wajah tampak segar, berseri dan bertenaga.

Cantik dengan  supplemen Shaklee

Vitamin A - boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax.

Ø  Kekurangan vitamin A menyebabkan pengelihatan bermasalah, kulit kering dan bersisik, masalah pembiakan, badan mudah diserang sakit, dan sebagainya.


Vitamin C - boleh didapati dalam Vita C Shaklee

Ø  Vitamin C membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga berperanan untuk mencantikkan kulit serta meningkatkan system imun.

Vitamin E - boleh didapati dalam Vita E Shaklee
Ø  Ianya menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit. Juga bertindak sebagai antioksidan yang mana menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

Zinc – boleh didapati dalam Zinc Complex Shaklee
 
Ø  Bertindak dalam menormalkan jumlah minyak pada kulit muka serta mengekalkan kulit yang sihat.







Saturday, 15 February 2014

Tips Merawat Ekzema


Kenali Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan ekzema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah ekzema disertai dengan masalah asthma.
Ekzema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, ekzema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena ekzema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan ekzema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.
Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan ekzema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat) serta terdedah kepada habuk dan debu.




Tips untuk mengawal ekzema
§  Elakkan membawa anak-anak ke tempat panas yang boleh menyebabkan mereka berpeluh
§  Elakkan memandikan anak-anak dengan air suam/panas.Air suam/panas akan mengeringkan kulit mereka
§  Selepas mandi,cepat-cepat sapukan pelembap pada kulit mereka
§  Elakkan memakai sebarangan bedak kepada mereka kerana dikhuatiri akan menyebabkan alahan
§  Pakaikan mereka dengan pakaian yang boleh menyerap peluh
§  Seeloknya, tidak perlu menggunakan karpet di rumah kerana karpet akan sering menhasilkan debu dan menjadikan alahan kepada mereka yang menghidap eczema
§  Kerap menukar cadar dan tuala
§  Pastikan juga kuku mereka sentiasa pendek supaya tidak akan melukakan kulit apabila digaru ke kawasan-kawasan yang sensitive
§  Kenalpasti juga makanan-makanan yang sering menyebabkan alahan kepada mereka.Seeloknya berikan mereka supplemen sebagai tambahan untuk membuatkan kulit mereka lebih sihat.





Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk mengawal eczema ialah:

1)    Energizing Soy Protein – berfungsi untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru
2)    Vitamin E Complex – untuk memperbaiki sel-sel kulit serta mengurangkan kesan parut
3)    Omega Guard – membantu mengawal keradangan kulit
4)    Chewable Vita-C – membantu dalam penghasilan sel antibody, meningkatkan system imunisasi badan
5)    Herbal Blend – melegakan gatal-gatal




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Monday, 13 January 2014

Kebaikan Vitamin E Complex


Vitamin-E adalah sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia mendukung kesihatan jantung, otak dan prostat, serta meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan system imun.
Berdasarkan penemuan salah yang dilakukan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 menemukan bahawa manfaat vitamin E yang dikonsumsi dalam jangka panjang sangat membantu dalam mengurangi risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok tegar. Ia juga menunjukkan bahawa vitamin ini dapat memperlambatkan  perkembangan penyakit Alzheimer.
Vitamin E merupakan satu jenis antioksidan yang sangat penting untuk pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, memperbaiki jaringan, dan sangat berguna dalam perawatan “premenstrual syndrome” serta penyakit fibrocystic payudara.






Antara Kebaikan Vitamin E Shaklee adalah:
~ Sebagai Anti oksidan yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular
~ Mencegah Penyakit jantung
~ memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
~ mengurangi parut yang diakibatkan oleh beberapa cedera
~ mengurangi tekanan darah
~ •Merangsang rambut menjadi lebih sihat dan mencegah keguguran rambut
~ membantu dalam pencegahan penyakit katarak
~ meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekakuan.
~ meningkatkan kualiti sperma
~ meningkatkan bilangan sperma di dalam air mani
~ membantu dalam masalah “mati pucuk”
~ merendahkan kadar kolesterol
~ menyelesaikan masalah kelesuan
~ Anti penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari dapat memperlambat penuaan, mengurangi keriput, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kuli dan nada muka
Ternyata kebaikan Vitamin E Complex ini sangat banyak dan amat berbaloi untuk anda miliki.
Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk.

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Friday, 10 January 2014

Mengatasi Kolesterol dengan Shaklee


Hari ini kita akan berbicara tentang kolesterol...
Kolesterol juga kini telah menjadi ancaman kepada kesihatan kita..


Kolesterol adalah komponen lemak yang terdapat di dalam pembuluh darah. Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu Kolesterol baik (HDL) dan kolesterol jahat (LDL).
Kolesterol baik (HDL) berfungsi untuk mengambil kolesterol jahat (HDL) dari darah dan menyerahkan kepada lipoprotein lain dan ia di angkut ke hati untuk di proses. Setelah di proses, kolesterol jahat ini akan di edarkan dan dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kolesterol jahat (LDL) pula jika berlebihan di dalam badan akan menyebabkan ia berkumpul di dinding pembuluh darah dan akan membentuk plak di sekeliling pembuluh darah tersebut
Ini akan menyebabkan berlakunya pengerasan dan penyempitan pembuluh darah. Ia akan menganggu bekalan oksigen dan lain-lain nutrisi untuk di salurkan ke seluruh badan. Pengumpulan kolesterol jahat (LDL) ini amat merbahaya jika berlaku di pembuluh darah jantung koroner dan pembuluh darah di otak. Ini akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah dan menyebabkan serangan jantung atau strok.



Punca Kolesterol Tinggi di dalam Badan
•Mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak
•Obesiti/ Kegemukan
•Kurang melakukan aktiviti fizikal
•Keturunan
•Penggunaan ubatan tertentu
Antara penyakit di sebabkan oleh Kolesterol Tinggi
•Jantung Koroner
•Hypertensi
•Gangguan Fungsi Hati
•Obesiti
•Diabetes

Bagaimanakah ingin menurunkan paras kolesterol dengan vitamin Shaklee??
Sebenarnya terdapat beberapa produk yang berperanan untuk mengawal kolesterol.
Produk-produk tersebut ialah :



Garlic - Menurunkan paras kolesterol

Alfalfa Complex - Berperanan untuk mengangkut dan membuang lemak

Lecithin - Berperanan membakar lemak-lemak di dalam badan
 
Omegaguard - Menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dan keseluruhan kolesterol


Vitamin E Complex - Menghalang oksidasi LDL oleh radikal bebas

Di samping itu, kita juga boleh melakukan beberapa perkara untuk mengelakkan kolesterol meningkat seperti:
•Pilih pemakanan yang sihat iaitu kurang lemak dan tinggi serat
•Hindari makanan yang mempunyai nilai kolesterol yang tinggi, contohnya daging, organ dalaman
•Makan sumber makanan yang mempunyai omega 3 yang tinggi, yang mana ia boleh menurunkan paras kolesterol dan dapat mempertahankan kesihatan jantung. Antara makanan yang mempunyai omega 3 adalah ikan salmon, tuna, kod dan OmegaGuard Shaklee
•Jauhi rokok dan alkohol
•Bersenam

Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk
ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125