Kulit kombinasi biasanya berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu manakala di bahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering.Bagi anda yang memiliki kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.
10 Tip untuk mengatasi Kulit Kombinasi
v Guna pembersih muka yang sesuai
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering.
v Guna penyegar
Selepaskan membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar.Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang.
v Pelembap khas
Sapu pelembap secara konsisten, dua kali sehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi.Pilih pelembap bertekstur gel atau losen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.
v Alas bedak yang tepat
Buat anda yang mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak dari jenis matte atau pressed powder yang mengandungi pelindung suria minimum SPF15. Ia membantu mengawal minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.
v Krim perlindungan cahaya matahari
Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atau avobenzone.
v Bedak tabur
Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabor.Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata.
v Masker wajah
Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah buaya amat sesuai digunakan.
v Mengambil Suplemen
Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil supplemen.Produk kecantikan kebanyakkan hanya merawat dari luaran, suplemen pula akan bertindak merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A, C,E dan Zink. Suplemen membekal nutrient yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.
v Perawatan malam
Jangan jadikan letih sebagai alasan untuk anda mengabaikan penjagaan wajah pada waktu malam.Selepas pembersihan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata.
v Minum air secukupnya
Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan akan membantu wajah tampak segar, berseri dan bertenaga.
Cantik dengan supplemen Shaklee
Vitamin A - boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax.
Ø Kekurangan vitamin A menyebabkan pengelihatan bermasalah, kulit kering dan bersisik, masalah pembiakan, badan mudah diserang sakit, dan sebagainya.
Vitamin C - boleh didapati dalam Vita C Shaklee
Ø Vitamin C membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga berperanan untuk mencantikkan kulit serta meningkatkan system imun.
Vitamin E - boleh didapati dalam Vita E Shaklee
Ø Ianya menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit. Juga bertindak sebagai antioksidan yang mana menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
Zinc – boleh didapati dalam Zinc Complex Shaklee
Ø Bertindak dalam menormalkan jumlah minyak pada kulit muka serta mengekalkan kulit yang sihat.
No comments:
Post a Comment