Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Tuesday, 8 April 2014

Kawal tahap kolesterol anda



Tahap kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Antaranya adalah penyakit jantung dan strok.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kolesterol mencanak naik ialah :
a.  Makanan terlalu banyak lemak, seperti mentega dan fast food
b.  berat badan berlebihan atau obesiti
c.  Kurang berolahraga
d.  Merokok
e.  Gaya hidup yang tidak sihat
f.  Stress
g. faktor keturunan
Cara untuk mengatasi kolesterol tinggi
1. Berhenti merokok
2. Hindari mengambil minuman ringan secara berlebihan
3. Berolahraga secara teratur untuk meningkatkan kadar HDL dan trigliserida
4. Jalani gaya hidup sihat dengan diet rendah lemak
5. Tingkatkan pengambilan karbohidrat kompleks, buah dan sayur-sayuran
6. Makan makanan berserat yang diketahui dapat mengurangi penyerapan lemak di usus halus, sehingga terjadinya penurunan kadar lemak dalam darah.
7. Minyak ikan yang mengandung lemak omega 3 dapat menurunkan kadar kolesterol darah
8. Jika ada riwayat hiperlipidemia dalam keluarga, periksa tahap kolesterol darah secara berkala. Hal ini untuk menghindari berbagai komplikasi yang tidak diinginkan.


Di Shaklee,  Omega Guard adalah produk yang disyorkan untuk mengawal tahap kolesterol. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah:-
·         Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
·         Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
·         Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
·         Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
·         1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
·         Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.




Monday, 7 April 2014

Vitamin untuk kesihatan lelaki


Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.

Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.

Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.

1)    Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.

Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX

2)    Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin

Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX

3)    Boron
Lelaki dengan pengambilan boron  yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

4)    Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

5)    Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam

Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6)    Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.

Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD

7)    Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.

Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX

8)    Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E


Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.

Tuesday, 25 March 2014

Pemakanan tidak seimbang punca buasir?



Buasir adalah penyakit yang berlaku di bahagian dubur dan dapat dikesan apabila terjadinya pembengkakan pada saluran dubur.
Kajian menunjukkan dianggarkan 55 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah buasir dengan 79% daripadanya adalah terdiri daripada lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun. Buasir juga turut dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan ianya menjadi punca kepada buasir.

Terdapat 2 jenis buasir iaitu :
1)    Buasir dalam – bengkak pada bahagian dalam
2)    Buasir luar – bengkak pada bahagian luar yangmana ianya terjulur keluar dari saluran dubur


Gejala atau tanda-tanda berlakunya buasir
ü  Bengkak pada saluran dubur
ü  Rasa gatal pada saluran dubur
ü  Rasa panas selepas membuang air
ü  Rasa sakit berdenyut
ü  Sukar membuang air besar
ü  Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama
ü  Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria
ü  Luka pada saluran dubur disebabkan nanah
ü  Kanser pada bahagian dubur
ü  Ketumbuhan pada kawasan dubur

Kesan dari berlakunya buasir

Secara umumnya, penderita buasir akan berasa kurang bertenaga.muka mereka juga akan kelihatan pucat serta tidak bermaya.Selain itu, mereka juga mengalami gangguan emosi dengan cepat berasa tertekan serta mudah marah.

Pemakanan yang seimbang

ü  Usah terlalu kerap makan dan elakkan makan di antara waktu makan
ü  Elak mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat
ü  Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas
ü  Makan makanan yang baru dimasak bagi mengelakkan keracunan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Atasi Buasir dengan Shaklee
Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah…OSTEMATRIX, OMEGA GUARD dan ZINC COMPLEX.


OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Jangan bertangguh lagi untuk merawat buasir agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa..Amalkan pemakanan yang seimbang bagi menghindari buasir.


Thursday, 20 March 2014

Hebatnya AJHT



Sakit-sakit sendi sering dikaitakan dengan golongan veteran. Bila umur dah makin meningkat, confirm kaki cepat lenguh..nak berjalan jauh sikit pun dah tak larat…dan yang paling kroniknya, bila cecair di sekeliling sendi dah makin haus….Namun, perlu diingatkan bahawa sakit sendi ni bukan hanya menyerang orang yang dah berumur. Malahan mereka yang masih muda juga tidak terkecuali turut diserang terutamanya apabila mengalami berat badan berlebihan. Atau penggunaan sendi yang berlebihan seperti atlet. Bayangkanlah kalau sakit sendi. Nak jalan pun susah, apatah lagi nak buat aktiviti lain.

 Kebaikan AJHT (Advance Joint Health Tablet)

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  6. anti radang semulajadi
  7. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  8. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  9. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.



Secara mudahnya AHJT bertindak dengan 3 cara:
1.    Ekstrak Boswellia, bertindak memberi sokongan kepada keselesaan sendi.
2.    Ekstrak Jagung, menambahkan fungsi kusyen kepada sendi. Menyebabkan pergeselan antara sendi yang menyakitkan menjadi lega dan kurang sakit.
3.    Vitamin C, Tembaga, Zinc dan Mangan, beri kesan tisu penyambung yang sihat. Ini akan mengurangkan risiko sendi rosak dan seterusnya, tulang juga dapat dipelihara.
Yelah, badan kita kan umpama enjin. Jika tak diletak minyak pelincir, sure pergerakan  akan tersangkut dan tak lancar. Oleh yang demikian, kita perlulah berusaha mencegahan dari awal. Badan nak pakai lama kan…
Sebagai contoh yang sakit sendi sebab berat badan berlebihan ni. Cara nak cegah, 1st thing of course lah kene kurangkan berat badan. Perlu kurangkan pengambilan makanan, pilih makanan yang sihat dan turut melakukan senaman ringan. 
Makanlah makanan yang membantu penghasilan lendir di sendi-sendi. Jika susah nak dapatkan, amalam pengambilan AJHT juga insya allah boleh membantu.




Keberkesanan AHJT akan lebih mujarab jika digabungkan dengan Omega Guard dan Ostematrix yang juga dikenali sebagai Set Sendi.

Bagaimana Omega Guard Membantu?
Dihasilkan dari ikan laut dalam yang berkualiti tinggi. Dengan proses begitu teliti, untuk penghasilan Omega 3 dan Omega 6 yang 'mantap'. 
Secara semulajadi, minyak ikan Shaklee ini bersifat anti radang atau anti imflamasi. Jadi, ini akan mengurangakan keradangan yang berlaku akibat sakit sendi arthritis. Ia juga bertindak memelihara sendi. Caranya? Asid lemak Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang bentuk tisu rawan untuk perlindungan sendi. Hasilnya sendi yang lebih sihat akan dinikmati oleh pesakit sendi.

Cara Ostematrix Membantu?
Dikenali sebagai calcium-magnesium. Sikap tak ambil kisah tentang pengambilan kalsium menyebabkan tulang rapuh. Dan seterusnya tulang akan mudah retak, patah juga rosak. Pengambilan kalsium dan cukup beri kesan yang baik pada tulang. Tulang yang sihat menyumbang kepada sendi yang sihat. 

Jadi…kenapa nak tunggu lagi?
Jom hubungi saya untuk sebarang pertanyaan yer…


Tuesday, 11 March 2014

Mencegah Arthritis dengan Shaklee


Apa itu arthritis?
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.
Arthritis terdiri dari 4 jenis iaitu :
·         Osteoarthritis (OA)
·         Rheumatoid Arthritis
·         Infectious arthritis
·         Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala
Ø  Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
Ø  Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
Ø  Kekerasan sendi.
Ø  Sakit di sekitar sendi.
Ø  Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
Ø  Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
Ø  sukar melakukan tugasan tertentu.
Ø  sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor risiko osteoarthritis
Ø  Peningkatan umur
Ø  Kegemukan :
~ di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
Ø  Keturunan:
~ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
Ø  Pergerakan yang keterlaluan.
Ø  Kecederaan sendi yang teruk:
~ Kepatahan tulang.
~ Koyak pada bahagian meniscus.
~ kerosakan pada ligamen
Ø  Pekerjaan:
~ OA sendi lutut dikalangan pekerja.
~ OA sendi paha di kalangan petani.
Mengurangkan risiko arthritis
Melalui Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
Pendidikan pesakit
Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangkapanjangnya perlu di bincangkan.
Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
Penurunan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
Fisioterapi
Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
Program senaman
Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
·         Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
·         Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
Program aerobik
Senaman aerobikyang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Mencegah arthritis dengan Advance Joint Health Tablet , Ostematrix dan Omega GUard
Advance Joint Health Tablet mengandungi satu bentuk ekstrak Boswella yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi. Ramuannya dirumus secara saintifik untuk :
·         Mengalakkan mobiliti
·         Meningkatkan fleksibiliti
·         Meningkatkan fungsi sendi
·         Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Ostematrix yang terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.Ianya memeliharaa metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang serta menghalang arthritis.

Omega Guard pula membantu dalam memelihara fungsi sendi serta mengelakkan gout . Turut berperanan mengelakkan keradangan.

Berikut adalah testimoni pengunaan set sendi:



Utamakan kesihatan sendi dan cegah arthritis agar kehidupan akan lebih sihat dan bermakna.
Set sendi ini juga boleh dijadikan hadiah pengikat kasih sayang kita untuk ahli keluarga yang lebih berusia dalam menyokong kesihatan yang lebih baik.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan produk.