Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.
Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.
Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.
1) Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.
Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX
2) Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin
Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX
3) Boron
Lelaki dengan pengambilan boron yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.
Suplemen yang disyorkan : VITALEA
4) Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.
Suplemen yang disyorkan : VITALEA
5) Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam
Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6) Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.
Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD
7) Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.
Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX
8) Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.
Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E
Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.
No comments:
Post a Comment