Showing posts with label zinc. Show all posts
Showing posts with label zinc. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

Zinc Complex Membantu Penyembuhan Luka


Assalamualaikum..
Kali ini saya nak bercerita tentang Zinc Complex.. Zinc Shaklee sangat sinonim dengan penyembuhan luka. Ianya berupaya membantu mempercepatkan proses pembaikan luka samada luka dalaman atau luaran.
Kenapa saya mengambil zinc ini?
Sebab saya ni baru jer melalui proses caesarian ketika melahirkan anak yang keempat. Kalau bercerita tentang caesarian ini..secara automatiknya juga kita akan terbayangkan luka yang besar dan menyakitkan. Betul tak??
So untuk tempoh berpantang kali ini, saya amalkan Zinc dan juga Vitamin C untuk mempercepatkan proses pemulihan luka. Alhamdulillah…ianya sangat-sangat membantu dan saya kembali cergas dan aktif dengan cepat..Ramai juga yang tak percaya bila saya katakan yang saya masih didalam tempoh berpantang..
Zinc Complex Shaklee dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang digabungkan dengan nutrien seperti kalsium dan serbuk alfalfa bagi menghasilkan zinc yang paling mudah untuk diserap oleh tubuh badan kita.
11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee
1.     Mengaktifkan 200 jenis enzim
Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2.     Membentuk Kolagen
Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3.     Memperbaiki Diabeties
Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4.     Bintik Putih di Kuku
Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5.     Mempertingkatkan Sistem Imun
Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6.     Mempercepatkan Pemulihan Luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7.     Memperbaiki masalah Prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8.     Kemampuan Seks Lelaki
Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9.     Ovulasi Wanita
Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10.  Memperbaiki Radang Kulit
Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11.  Mengekalkan Deria Bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).


Sms/Whatsapp : 018-6672125

Monday, 7 April 2014

Vitamin untuk kesihatan lelaki


Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.

Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.

Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.

1)    Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.

Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX

2)    Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin

Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX

3)    Boron
Lelaki dengan pengambilan boron  yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

4)    Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

5)    Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam

Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6)    Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.

Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD

7)    Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.

Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX

8)    Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E


Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.

Wednesday, 26 March 2014

10 Tip Rawatan Wajah untuk Kulit Kombinasi


Kulit kombinasi biasanya berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu manakala di bahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering.Bagi anda yang memiliki kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.

10 Tip untuk mengatasi Kulit Kombinasi

v  Guna pembersih muka yang sesuai
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering.

v  Guna penyegar
Selepaskan membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar.Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang.

v  Pelembap khas
Sapu pelembap secara konsisten, dua kali sehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi.Pilih pelembap bertekstur gel atau losen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.

v  Alas bedak yang tepat
Buat anda yang mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak dari jenis matte atau pressed powder yang mengandungi pelindung suria minimum SPF15. Ia membantu mengawal minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.

v  Krim perlindungan cahaya matahari
Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atau avobenzone.

v  Bedak tabur
Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabor.Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata.

v  Masker wajah
Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah buaya amat sesuai digunakan.

v  Mengambil Suplemen
Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil supplemen.Produk kecantikan kebanyakkan hanya merawat dari luaran, suplemen pula akan bertindak merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A, C,E dan Zink. Suplemen membekal nutrient yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.

v  Perawatan malam
Jangan jadikan letih sebagai alasan untuk anda mengabaikan penjagaan wajah pada waktu malam.Selepas pembersihan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata.

v  Minum air secukupnya
Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan akan membantu wajah tampak segar, berseri dan bertenaga.

Cantik dengan  supplemen Shaklee

Vitamin A - boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax.

Ø  Kekurangan vitamin A menyebabkan pengelihatan bermasalah, kulit kering dan bersisik, masalah pembiakan, badan mudah diserang sakit, dan sebagainya.


Vitamin C - boleh didapati dalam Vita C Shaklee

Ø  Vitamin C membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga berperanan untuk mencantikkan kulit serta meningkatkan system imun.

Vitamin E - boleh didapati dalam Vita E Shaklee
Ø  Ianya menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit. Juga bertindak sebagai antioksidan yang mana menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

Zinc – boleh didapati dalam Zinc Complex Shaklee
 
Ø  Bertindak dalam menormalkan jumlah minyak pada kulit muka serta mengekalkan kulit yang sihat.







Tuesday, 25 March 2014

Pemakanan tidak seimbang punca buasir?



Buasir adalah penyakit yang berlaku di bahagian dubur dan dapat dikesan apabila terjadinya pembengkakan pada saluran dubur.
Kajian menunjukkan dianggarkan 55 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah buasir dengan 79% daripadanya adalah terdiri daripada lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun. Buasir juga turut dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan ianya menjadi punca kepada buasir.

Terdapat 2 jenis buasir iaitu :
1)    Buasir dalam – bengkak pada bahagian dalam
2)    Buasir luar – bengkak pada bahagian luar yangmana ianya terjulur keluar dari saluran dubur


Gejala atau tanda-tanda berlakunya buasir
ü  Bengkak pada saluran dubur
ü  Rasa gatal pada saluran dubur
ü  Rasa panas selepas membuang air
ü  Rasa sakit berdenyut
ü  Sukar membuang air besar
ü  Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama
ü  Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria
ü  Luka pada saluran dubur disebabkan nanah
ü  Kanser pada bahagian dubur
ü  Ketumbuhan pada kawasan dubur

Kesan dari berlakunya buasir

Secara umumnya, penderita buasir akan berasa kurang bertenaga.muka mereka juga akan kelihatan pucat serta tidak bermaya.Selain itu, mereka juga mengalami gangguan emosi dengan cepat berasa tertekan serta mudah marah.

Pemakanan yang seimbang

ü  Usah terlalu kerap makan dan elakkan makan di antara waktu makan
ü  Elak mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat
ü  Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas
ü  Makan makanan yang baru dimasak bagi mengelakkan keracunan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Atasi Buasir dengan Shaklee
Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah…OSTEMATRIX, OMEGA GUARD dan ZINC COMPLEX.


OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Jangan bertangguh lagi untuk merawat buasir agar kita dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa..Amalkan pemakanan yang seimbang bagi menghindari buasir.


Sunday, 26 January 2014

Rawat Buasir Dengan Shaklee


Apa itu Buasir?


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-jenis buasir

Buasir boleh dikategorikan kepada 2 iaitu :

>> Buasir Dalaman


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

>> Buasir Luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Antara penyebab utama terjadinya buasir ialah :

~ Meneran dengan kuat ketika membuang air besar (ketika najis keras atau sembelit)
~ Cirit-birit
~ Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
~ Batuk yang teruk
~ Bersalin
~ Mengangkat berat
~ Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Untuk mencegah dari buasir, amalkan petua-petua berikut:
##   Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun    dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
##   Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
##   Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
##   Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
##   Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
##   Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
##   Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
##   Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
##  Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
   

Rawat Buasir Dengan Shaklee

•OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
•OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
•ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat



Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe.blogspot.com