Showing posts with label b complex. Show all posts
Showing posts with label b complex. Show all posts

Monday, 7 April 2014

Vitamin untuk kesihatan lelaki


Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.

Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.

Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.

1)    Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.

Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX

2)    Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin

Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX

3)    Boron
Lelaki dengan pengambilan boron  yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

4)    Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

5)    Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam

Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6)    Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.

Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD

7)    Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.

Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX

8)    Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E


Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.

Saturday, 15 March 2014

Mengatasi tekanan darah rendah dengan Shaklee



Penyakit Tekanan Darah Rendah atau Hypotensi adalah suatu keadaan dimana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, yaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg. Nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan normal dan kesihatan secara umum adalah 120/80 mmHG

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simptom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

10 Penyebab Utama Tekanan Darah Rendah

1.    Dehidrasi
Dehidrasi disebabkan oleh kurangnya tubuh menerima cairan bagi menggantiukan cairan yang telah hilang. Ini sering terjadi setelah berolahraga berat, biasanya seseorang juga menderita dehidrasi. Jika dibiarkan, dehidrasi ternyata mampu memicu tekanan darah rendah. Gejalanya di antara lain berupa pusing, berkunang-kunang, sampai piegsan

2. Pendarahan
Kekurangan darah juga adalah penyebab utama kedua dari kondisi hipotensi. Ianya terjadi bila seseorang mengalami pendarahan akibat luka terbuka atau luka di bahagian dalam.Jadi jika Anda mengalami salah satu dari kedua hal tersebut, segera periksa tekanan darah anda untuk memastikannya

3. Inflamasi organ tubuh
Inflamasi yang terjadi pada organ tubuh ternyata berhubungan dengan tekanan darah rendah. Bagaimana ya?  Prosesnya diawali dengan organ yang meradang. Sehingga pembuluh darah mengelilingi jaringan yang mengalami inflamasi. Hal itu pun menyebabkan volume darah berkurang dan memicu tekanan darah rendah

4. Otot jantung lemah
Penderita otot jantung lemah paling berisiko mengalami tekanan darah rendah. Otot jantung dianggap lemah apabila ketika otot gagal mengurangi darah yang di pam. Penyebab dari otot jantung lemah adalah serangan jantung atau infeksi virus tertentu.

5. Penyumbatan pembuluh darah
Jika pembuluh darah tersumbat, jaringan yang bertugas mengirim signal ke jantung menjadi terganggu. Sehingga berbagai kontraksi regular dalam jantung ikut terganggu.
Keadaan tersebut tidak berhenti sampai di situ. Sebab jika dibiarkan, penyumbatan pembuluh darah juga mampu memicu tekanan darah rendah

6. Detak jantung tidak normal
Cuba periksa detak jantung anda, apakah terdengar terlalu cepat? Jika ya, mungkin anda menderita tekanan darah rendah. Hal ini adalah disebabkan detak jantung yang tidak normal membuatkan kontraksi dalam jantung terganggu. Sehingga jumlah darah yang di pam menjadi berkurang dan akhirnya menyebabkan pada kondisi hipotensi

7. Kehamilan
Dalah perkara biasa jika wanita mengalami penurunan tekanan darah selama hamil. Tetapi ada baiknya jika mereka rajin membuat pemeriksaan dengan doktor. Jika dibiarkan, bukan cuma ibu, tetapi nyawa bayi juga akan ikut terancam.

8. Infeksi tertentu
Jika ada bakteria yang menyerang organ tubuh dan memasuki pembuluh darah, mereka akan memproduksi racun yang mengganggu aliran darah. Oleh sebab itu, infeksi juga boleh menyebabkan punca tekanan darah rendah.

9. Kurang nutrisi
Jangan pandang ringan makanan yang anda makan setiap hari. Ini kerana jika anda kekurangan nutrisi, tekanan darah berkemungkinan akan menurun dengan drastik.

10. Masalah endokrin
Masalah endokrin boleh menyerupai penyakit tiroid, kekurangan hormon adrenalin, kadar gula darah rendah, dan diabetes. Seluruh keadaan tersebut juga mampu menyebabkan tekanan darah rendah.Ini kerana, endokrin merupakan kelenjar yang mengawal penghasilan hormon dan aliran darah. Sehingga jika ada masalah di sana, tekanan darah pun akan ikut menurun

Mengatasi tekanan darah rendah dengan Shaklee
Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang disyorkan untuk mengatasi tekanan darah rendah. Antaranya ialah :

B Complex - untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan stress

Vita Lea - multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan

Ostematrix - kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah

ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga

Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi

Mealshakes - juga multivitamin dan multimineral dalam bentuk bancuhan/minuman


Monday, 10 February 2014

Rawat Gastrik dengan Vitamin Shaklee





Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.
Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.
Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.
Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut. Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawat Gastrik dengan Vitamin Shaklee

Antara vitamin- vitamin yang disyorkan ialah :

Energizing Soy Protein
> memberikan kesan dengan mengurangkan keasidan di dalam perut
> mengandungi asid amino yang betindak untuk memulihkan dan membina sel sel baru
> memberi tenaga

B Complex
> bertindak sebagai penenang kepada pesakit.
> juga melengkapkan keperluan nutrisi harian tubuh

Ostematrix
> mengandungi kalsium ,magnesium dan vitamin D yang baik untuk tubuh
> meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati 
Jom kita baca testimoni-testimoni mereka yang pernah mengambil supplemen untuk merawat gastrik ini.




Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Setiap penyakit insya allah pasti akan ada penawarnya.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Facebook : Ariena vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125


Thursday, 6 February 2014

Atasi Alahan/Morning Sickness dengan Shaklee


Kehamilan pastinya merupakan saat yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Namun, kebanyakkan wanita hamil akan melalui fasa alahan atau juga dikenali sebagai "morning sickness"

Apa itu Alahan/Morning Sickness?

Morning sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan). Rasa mual dan muntah ini kebiasaannya terjadi pada waktu pagi. Namun ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. dan sering menyebabkan ibu-ibu hamil menjadi kurang berselera untuk makan. Jika keadaan berterusan,dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu serta menyebabkan penurunan berat badan. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Berikut ini beberapa tips untuk membantu anda mengatasi “morning sickness” atau mual-muntah selama awal kehamilan:
·         Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan porsi kecil tapi kerap dan jangan makan dalam porsi besar yang membuat anda tambah mual.
·         Makanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein sehingga dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Banyakkan mengambil buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, dll
·         Waktu bangun tidur pagi hari jangan bangun dalam keadaan terburu-buru. Duduk dahulu dan rileks.Kemudian baru bangun secara perlahan. Bila anda merasa sangat mual ketika bangun tidur pagi persiapkan snek atau biskut berhampiran tempat tidur anda, dan anda dapat memakannya dahulu sebelum anda mencuba untuk berdiri.
·         Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambahkan rasa mual anda.
·         Minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air masak ataupun jus. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.
·         Rehat yang mencukupi sangat membantu anda mengatasi rasa mual muntah. Kerana bila anda stress hanya akan memperburuk rasa mual anda. Cubalah beristirehat yang cukup dan santai, dengarkan muzik, membaca buku bayi atau majalah kesayangan anda dll. Hadapilah kehamilan anda dengan kebahagian, kerana ini adalah anugerahNya. Bayangkan saja si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagiaan.

Terdapat vitamin shaklee yang boleh membantu ibu hamil mengurangkan dan mengatasi gejala morning sickness ini iaitu Ostematrix ,B Complex dan Peppermint Ginger Plus.

Ostematrix
  • Membekalkan 250mg kalsium dan 100IU Vitamin D
  • Menghilangkan rasa lenguh dan bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang
  • Mengatasi kekejangan semasa hamil
  • Membantu tidur dengan lena sepanjang malam
  • Melawaskan sistem penghadaman.
B Complex
·    Melegakan mabuk, loya, dan pening
·    Membantu pembentukan hemoglobin
·    Membantu pembentukan sel darah merah
·    Membantu pembentukan sistem saraf
·    Mengatasi kemurungan atau stress (nutrien anti tekanan)

Peppermint Ginger Plus

·         Membuang angin lebihan dalam usus
·         Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut
·         Melegakan rasa loya dan muntah
 

Setiap kehamilan pasti menjadi saat-saat terindah dalam hidup anda. Utamakan kesihatan diri serta bayi di dalam kandungan anda. Perbanyakkan juga amalan-amalan kerohanian agar anak anda akan dilahirkan sebagai khalifah Allah yang taat dan patuh pada perintahNYA.Insya Allah,amin.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, boleh hubungi saya :

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125



Wednesday, 5 February 2014

Senggugut ?? Jangan Pandang Ringan...



Apa itu senggugut??

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian.
 
Senggugut jenis Pertama
Dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang mana ianya dipengaruhi oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut jenis kedua
Ianya dikenali sebagai  ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.



Anda boleh melegakan senggugut dengan gabungan produk berikut :

>> GLA Complex
  •      Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

>> Ostematrix
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
>> B Complex
    
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik.
  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.



Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com