Showing posts with label vita lea. Show all posts
Showing posts with label vita lea. Show all posts

Monday, 7 April 2014

Vitamin untuk kesihatan lelaki


Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.

Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.

Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.

1)    Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.

Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX

2)    Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin

Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX

3)    Boron
Lelaki dengan pengambilan boron  yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

4)    Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

5)    Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam

Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6)    Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.

Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD

7)    Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.

Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX

8)    Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E


Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.

Wednesday, 26 March 2014

10 Tip Rawatan Wajah untuk Kulit Kombinasi


Kulit kombinasi biasanya berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu manakala di bahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering.Bagi anda yang memiliki kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.

10 Tip untuk mengatasi Kulit Kombinasi

v  Guna pembersih muka yang sesuai
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering.

v  Guna penyegar
Selepaskan membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar.Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang.

v  Pelembap khas
Sapu pelembap secara konsisten, dua kali sehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi.Pilih pelembap bertekstur gel atau losen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.

v  Alas bedak yang tepat
Buat anda yang mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak dari jenis matte atau pressed powder yang mengandungi pelindung suria minimum SPF15. Ia membantu mengawal minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.

v  Krim perlindungan cahaya matahari
Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atau avobenzone.

v  Bedak tabur
Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabor.Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata.

v  Masker wajah
Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah buaya amat sesuai digunakan.

v  Mengambil Suplemen
Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil supplemen.Produk kecantikan kebanyakkan hanya merawat dari luaran, suplemen pula akan bertindak merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A, C,E dan Zink. Suplemen membekal nutrient yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.

v  Perawatan malam
Jangan jadikan letih sebagai alasan untuk anda mengabaikan penjagaan wajah pada waktu malam.Selepas pembersihan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata.

v  Minum air secukupnya
Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan akan membantu wajah tampak segar, berseri dan bertenaga.

Cantik dengan  supplemen Shaklee

Vitamin A - boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax.

Ø  Kekurangan vitamin A menyebabkan pengelihatan bermasalah, kulit kering dan bersisik, masalah pembiakan, badan mudah diserang sakit, dan sebagainya.


Vitamin C - boleh didapati dalam Vita C Shaklee

Ø  Vitamin C membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga berperanan untuk mencantikkan kulit serta meningkatkan system imun.

Vitamin E - boleh didapati dalam Vita E Shaklee
Ø  Ianya menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit. Juga bertindak sebagai antioksidan yang mana menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

Zinc – boleh didapati dalam Zinc Complex Shaklee
 
Ø  Bertindak dalam menormalkan jumlah minyak pada kulit muka serta mengekalkan kulit yang sihat.







Saturday, 15 March 2014

Mengatasi tekanan darah rendah dengan Shaklee



Penyakit Tekanan Darah Rendah atau Hypotensi adalah suatu keadaan dimana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, yaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg. Nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan normal dan kesihatan secara umum adalah 120/80 mmHG

Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan efektif. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan nutrien yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini sering dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang yang sudah rendah tekanan darah tidak dapat memberi respons yang sepatutnya dan akan mengalami simptom yang tersebut diatas.

Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan volum darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam tinggi. Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.

10 Penyebab Utama Tekanan Darah Rendah

1.    Dehidrasi
Dehidrasi disebabkan oleh kurangnya tubuh menerima cairan bagi menggantiukan cairan yang telah hilang. Ini sering terjadi setelah berolahraga berat, biasanya seseorang juga menderita dehidrasi. Jika dibiarkan, dehidrasi ternyata mampu memicu tekanan darah rendah. Gejalanya di antara lain berupa pusing, berkunang-kunang, sampai piegsan

2. Pendarahan
Kekurangan darah juga adalah penyebab utama kedua dari kondisi hipotensi. Ianya terjadi bila seseorang mengalami pendarahan akibat luka terbuka atau luka di bahagian dalam.Jadi jika Anda mengalami salah satu dari kedua hal tersebut, segera periksa tekanan darah anda untuk memastikannya

3. Inflamasi organ tubuh
Inflamasi yang terjadi pada organ tubuh ternyata berhubungan dengan tekanan darah rendah. Bagaimana ya?  Prosesnya diawali dengan organ yang meradang. Sehingga pembuluh darah mengelilingi jaringan yang mengalami inflamasi. Hal itu pun menyebabkan volume darah berkurang dan memicu tekanan darah rendah

4. Otot jantung lemah
Penderita otot jantung lemah paling berisiko mengalami tekanan darah rendah. Otot jantung dianggap lemah apabila ketika otot gagal mengurangi darah yang di pam. Penyebab dari otot jantung lemah adalah serangan jantung atau infeksi virus tertentu.

5. Penyumbatan pembuluh darah
Jika pembuluh darah tersumbat, jaringan yang bertugas mengirim signal ke jantung menjadi terganggu. Sehingga berbagai kontraksi regular dalam jantung ikut terganggu.
Keadaan tersebut tidak berhenti sampai di situ. Sebab jika dibiarkan, penyumbatan pembuluh darah juga mampu memicu tekanan darah rendah

6. Detak jantung tidak normal
Cuba periksa detak jantung anda, apakah terdengar terlalu cepat? Jika ya, mungkin anda menderita tekanan darah rendah. Hal ini adalah disebabkan detak jantung yang tidak normal membuatkan kontraksi dalam jantung terganggu. Sehingga jumlah darah yang di pam menjadi berkurang dan akhirnya menyebabkan pada kondisi hipotensi

7. Kehamilan
Dalah perkara biasa jika wanita mengalami penurunan tekanan darah selama hamil. Tetapi ada baiknya jika mereka rajin membuat pemeriksaan dengan doktor. Jika dibiarkan, bukan cuma ibu, tetapi nyawa bayi juga akan ikut terancam.

8. Infeksi tertentu
Jika ada bakteria yang menyerang organ tubuh dan memasuki pembuluh darah, mereka akan memproduksi racun yang mengganggu aliran darah. Oleh sebab itu, infeksi juga boleh menyebabkan punca tekanan darah rendah.

9. Kurang nutrisi
Jangan pandang ringan makanan yang anda makan setiap hari. Ini kerana jika anda kekurangan nutrisi, tekanan darah berkemungkinan akan menurun dengan drastik.

10. Masalah endokrin
Masalah endokrin boleh menyerupai penyakit tiroid, kekurangan hormon adrenalin, kadar gula darah rendah, dan diabetes. Seluruh keadaan tersebut juga mampu menyebabkan tekanan darah rendah.Ini kerana, endokrin merupakan kelenjar yang mengawal penghasilan hormon dan aliran darah. Sehingga jika ada masalah di sana, tekanan darah pun akan ikut menurun

Mengatasi tekanan darah rendah dengan Shaklee
Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang disyorkan untuk mengatasi tekanan darah rendah. Antaranya ialah :

B Complex - untuk menambahkan tenaga dan mengurangkan stress

Vita Lea - multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan

Ostematrix - kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah

ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga

Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi

Mealshakes - juga multivitamin dan multimineral dalam bentuk bancuhan/minuman


Wednesday, 5 March 2014

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF



Penyusuan susu mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.


Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi (On Demand)

Bermaksud tidak menetapkan masa dan kekerapan penyusuan pada bayi. Ini dapat :
©       Mengekalkan penghasilan susu
©       Mengelakkan bengkak payudara
©       Merangsang pengeluaran susu dengan cepat

Bagaimana Memastikan Pengeluaran Susu Mencukupi

©       Mulakan penyusuan dalam masa 1 jam selepas kelahiran
©       Menyusui mengikut kehendak bayi
©       Tidak memberi minuman/makanan lain selain susu ibu
©       Pastikan pelekapan dan posisi semasa menyusu adalah betul
©       Tidak diberi putting tiruan/kosong
©       Pengambilan pemakanan seimbang dan air yang secukupnya untuk ibu

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.


Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu.Ini akan menyebabkan bekalan untuk bayi tidak mencukupi dan seterusnya mendorong bayi kerap merengek,menangis kerana berasa lapar.

Di Shaklee, terdapat vitamin-vitamin yang dapat membantu para ibu dalam menggalak serta menghasilkan lebih banyak susu agar dapat membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi anda. Antaranya ialah :

1)    Vita-Lea : penting untuk anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan

2)    B – Complex : Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, di samping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi .Ia juga turut membantu penghasilan tenaga dan darah.

3)    Vita - C :  Penting untuk mengoptimumkan imun system anda dan bayi, di samping membantu dalam penghasilan kolagen.Bagus untuk kulit yang cantik dan sihat.

4)    ESP : mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormone estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, isoflavone membantu melembab, menggebu serta menganjalkan kulit dan payudara.

5)    Alfalfa Complex : Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, Alfalfa juga bagus untuk merendahkan kolesterol serta menyahtoksin.

6)    Ostematrix : ianya sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang berada dalam keadaan yang sihat dan kuat.Ini kerana, susu badan mempunyai kalsium yang tinggi.Oleh itu,pastilah anda perlu mengekalkan kalsium yang tinggi kerana ianya akan diserap bagi penghasilan susu untuk bayi anda.