Tuesday 10 March 2015

Zinc Complex Membantu Penyembuhan Luka


Assalamualaikum..
Kali ini saya nak bercerita tentang Zinc Complex.. Zinc Shaklee sangat sinonim dengan penyembuhan luka. Ianya berupaya membantu mempercepatkan proses pembaikan luka samada luka dalaman atau luaran.
Kenapa saya mengambil zinc ini?
Sebab saya ni baru jer melalui proses caesarian ketika melahirkan anak yang keempat. Kalau bercerita tentang caesarian ini..secara automatiknya juga kita akan terbayangkan luka yang besar dan menyakitkan. Betul tak??
So untuk tempoh berpantang kali ini, saya amalkan Zinc dan juga Vitamin C untuk mempercepatkan proses pemulihan luka. Alhamdulillah…ianya sangat-sangat membantu dan saya kembali cergas dan aktif dengan cepat..Ramai juga yang tak percaya bila saya katakan yang saya masih didalam tempoh berpantang..
Zinc Complex Shaklee dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang digabungkan dengan nutrien seperti kalsium dan serbuk alfalfa bagi menghasilkan zinc yang paling mudah untuk diserap oleh tubuh badan kita.
11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee
1.     Mengaktifkan 200 jenis enzim
Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2.     Membentuk Kolagen
Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3.     Memperbaiki Diabeties
Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4.     Bintik Putih di Kuku
Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5.     Mempertingkatkan Sistem Imun
Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6.     Mempercepatkan Pemulihan Luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7.     Memperbaiki masalah Prostat
Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8.     Kemampuan Seks Lelaki
Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9.     Ovulasi Wanita
Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10.  Memperbaiki Radang Kulit
Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11.  Mengekalkan Deria Bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).


Sms/Whatsapp : 018-6672125