Showing posts with label vita C. Show all posts
Showing posts with label vita C. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

10 Tip Rawatan Wajah untuk Kulit Kombinasi


Kulit kombinasi biasanya berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu manakala di bahagian pipi dan mata pula mengalami masalah kering.Bagi anda yang memiliki kulit kombinasi, pasti sukar membuat keputusan tepat untuk memilih produk mahupun melakukan perawatan wajah.

10 Tip untuk mengatasi Kulit Kombinasi

v  Guna pembersih muka yang sesuai
Gunakan pembersih wajah berasaskan air, tekstur gel, minyak atau busa lembut. Elakkan pembersih wajah berbentuk sabun atau berbuku kerana ia mengandungi detergen yang membuatkan kulit semakin kering.

v  Guna penyegar
Selepaskan membersihkan wajah, disiplinkan diri mengaplikasikan penyegar.Pilih penyegar yang mengandungi antioksidan, berasaskan air atau gliserin. Ia membuatkan kulit wajah segar dan minyak seimbang.

v  Pelembap khas
Sapu pelembap secara konsisten, dua kali sehari terutama di bahagian yang kering iaitu sekitar mata, bibir dan pipi.Pilih pelembap bertekstur gel atau losen yang mengandungi lebih banyak air untuk melembapkan kulit yang kering tanpa membuatkannya berminyak.

v  Alas bedak yang tepat
Buat anda yang mempunyai kulit kombinasi, pilih alas bedak dari jenis matte atau pressed powder yang mengandungi pelindung suria minimum SPF15. Ia membantu mengawal minyak dan mengelakkan kulit menjadi kering.

v  Krim perlindungan cahaya matahari
Jika anda tidak menggunakan alas bedak, pakai krim perlindungan cahaya matahari berformula titanium dioxide, zinc oxide atau avobenzone.

v  Bedak tabur
Agar penampilan tampak natural, gunakan bedak tabor.Ia mudah meresap dan membuatkan kulit licin sekata.

v  Masker wajah
Masker berasaskan bahan semulajadi seperti timun, tomato dan lidah buaya amat sesuai digunakan.

v  Mengambil Suplemen
Walaupun menggunakan produk kecantikan, anda digalakkan mengambil supplemen.Produk kecantikan kebanyakkan hanya merawat dari luaran, suplemen pula akan bertindak merawat dari dalaman. Amalkan suplemen seperti vitamin A, C,E dan Zink. Suplemen membekal nutrient yang mencukupi untuk tubuh dan menyalurkan khasiat tersebut pada seluruh anggota badan termasuk wajah.

v  Perawatan malam
Jangan jadikan letih sebagai alasan untuk anda mengabaikan penjagaan wajah pada waktu malam.Selepas pembersihan wajah, sapukan penyegar diikuti krim malam dan krim mata.

v  Minum air secukupnya
Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air yang mencukupi akan akan membantu wajah tampak segar, berseri dan bertenaga.

Cantik dengan  supplemen Shaklee

Vitamin A - boleh didapati dalam Vitalea dan Carotomax.

Ø  Kekurangan vitamin A menyebabkan pengelihatan bermasalah, kulit kering dan bersisik, masalah pembiakan, badan mudah diserang sakit, dan sebagainya.


Vitamin C - boleh didapati dalam Vita C Shaklee

Ø  Vitamin C membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Vitamin C juga berperanan untuk mencantikkan kulit serta meningkatkan system imun.

Vitamin E - boleh didapati dalam Vita E Shaklee
Ø  Ianya menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit. Juga bertindak sebagai antioksidan yang mana menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

Zinc – boleh didapati dalam Zinc Complex Shaklee
 
Ø  Bertindak dalam menormalkan jumlah minyak pada kulit muka serta mengekalkan kulit yang sihat.







Wednesday, 5 March 2014

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF



Penyusuan susu mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.


Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi (On Demand)

Bermaksud tidak menetapkan masa dan kekerapan penyusuan pada bayi. Ini dapat :
©       Mengekalkan penghasilan susu
©       Mengelakkan bengkak payudara
©       Merangsang pengeluaran susu dengan cepat

Bagaimana Memastikan Pengeluaran Susu Mencukupi

©       Mulakan penyusuan dalam masa 1 jam selepas kelahiran
©       Menyusui mengikut kehendak bayi
©       Tidak memberi minuman/makanan lain selain susu ibu
©       Pastikan pelekapan dan posisi semasa menyusu adalah betul
©       Tidak diberi putting tiruan/kosong
©       Pengambilan pemakanan seimbang dan air yang secukupnya untuk ibu

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.


Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu.Ini akan menyebabkan bekalan untuk bayi tidak mencukupi dan seterusnya mendorong bayi kerap merengek,menangis kerana berasa lapar.

Di Shaklee, terdapat vitamin-vitamin yang dapat membantu para ibu dalam menggalak serta menghasilkan lebih banyak susu agar dapat membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi anda. Antaranya ialah :

1)    Vita-Lea : penting untuk anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan

2)    B – Complex : Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, di samping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi .Ia juga turut membantu penghasilan tenaga dan darah.

3)    Vita - C :  Penting untuk mengoptimumkan imun system anda dan bayi, di samping membantu dalam penghasilan kolagen.Bagus untuk kulit yang cantik dan sihat.

4)    ESP : mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormone estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, isoflavone membantu melembab, menggebu serta menganjalkan kulit dan payudara.

5)    Alfalfa Complex : Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, Alfalfa juga bagus untuk merendahkan kolesterol serta menyahtoksin.

6)    Ostematrix : ianya sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang berada dalam keadaan yang sihat dan kuat.Ini kerana, susu badan mempunyai kalsium yang tinggi.Oleh itu,pastilah anda perlu mengekalkan kalsium yang tinggi kerana ianya akan diserap bagi penghasilan susu untuk bayi anda.