Thursday 15 May 2014

Hadiah istimewa buat ibu



Walaupun hari ibu baru sahaja berlalu…namun masih tidak terlambat untuk anda menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat ibu….Lagipon….nak beri hadiah pada ibu, tak semestinya kene tunggu hari ibu jer kan… hari-hari pon boleh…
Okey….jom kita lihat antara senarai vitamin pilihan yang istimewa untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang…


1 ) VIVIX
Kandungan anggur muskat, elderberi dan lobak ungu sememangnya sangat sesuai sebagai supplemen untuk ibu yang tersayang kerana ianya memberi fungsi sebagai anti penuaan, melawan penyakit, pertumbuhan sel baru serta anti oksida. Selain itu, ia juga sangat sesuai untuk warga emas kerana pengambilannya tidak memerlukan ibu kita meminum air dengan kadar yang banyak seperti pengambilan-pengambilan vitamin yang lain.
Vivix bertindak dengan 4 cara iaitu :
-          Mempertahankan sel
-          Memberi tenaga kepada sel
-          Merperbaiki sel
-          Mempertingkatkan prestasi sel

Antara manfaat Vivix yang lain ialah :
-          Menggalakkan rangsangan penuaan yang sihat
-          Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
-          Mengurangkan komplikasi pesakit diabetis
-          Menyokong kesihatan sendi
-          Membantu dalam mengurangkan berat badan
-          Meningkatkan system imun
-          Meningkatkan kesihatan mata
-          Menyokong kesihatan secara keseluruhan
2 ) ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.
Kebaikan AJHT 

1. Menyokong ketidakselesaan sendi
2. Membantu kekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
6. Anti radang semulajadi 
7. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
8. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
9. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan , juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)
Advance Joint Health Tablet ini juga sangat sesuai untuk dihadiahkan buat ibu anda terutamanya yang mengalami masalah sendi serta sakit lutut. Almaklumlah..umur dah makin meningkat..kadangkala nak bergerak pon agak terhad kerana faktor sakit lutut..Jadi apa salahnya kita berikhtiar untuk mengurangkan kesakitannya….
3 ) OSTEMATRIX
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA
§  Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
§  Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
§  Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
§  Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
§  Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
§  Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
§  Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
Selain itu, ostematrik juga sangat penting untuk ibu kita kerana ianya membekalkan kalsium yang sangat baik untuk tulang.Ianya dapat mengelakkan para ibu dari mengalami masalah tulang rapuh.
Okeylah…sebenarnya banyak lagi terdapat pilihan vitamin yang sesuai untuk dihadiahkan buat ibu tersayang…Insya allah saya akan kupas lagi dia entri yang berikutnya…
Apabila ibu kita berada dalam keadaan kesihatan yang baik, maka secara automatiknya, kita juga akan berasa bahagia dan selesa. Jadi, usah kedekut untuk berbelanja menghadiahkan ibu anda dengan vitamin yang boleh menyokong kesihatannya..

Thursday 8 May 2014

Mengatasi pedih ulu hati dengan Peppermint Ginger Plus



Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog…huhuhu…..semuanya kerana masalah kesihatan yang menyebabkan saya menjadi sangat lemah…Alhamdulillah…sudah semakin pulih dan harap-harapnya akan bertambah segar, ceria dan bersemangat..

Ketika tempoh itu, saya sering mengalami pedih ulu hati..memang sangat menyakitkan kerana rasa terbakar di bahagian dada. Secara automatik juga…ianya menyebabkan kehilangan selera makan dan secara tidak langsung menyumbang kepada kembung perut.




Soalan-soalan yang berkaitan pedih ulu hati (ketika hamil)
Dada saya terasa panas selepas makan. Adakah ini pedih ulu hati?
Besar kemungkinan, ya. Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
Adakah pedih ulu hati perkara biasa dan bilakah ia akan berhenti?
Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan mengenai pedih ulu hati?
Ya, memang ada. Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelakkannya seratus peratus, sesetengah daripada perkara berikut mungkin dapat membantu anda melegakannya:
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.



Mengatasi pedih ulu hati dengan Peppermint Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus Shaklee adalah suplemen yang dirumuskan khas dari 4 jenis herba iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis yang membantu melegakan pedih ulu hati. Selain itu, ianya juga membantu melegakan masalah gastrik, badan berangin dan cirit-birit. 

Daun Pudina merangsang mengeluarkan peluh yang dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 

Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung.

Pokok Adas bertindak melegakan kembung perut dan membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis membantu melegakan masalah perncernaan dan gejala batuk dan kahak.


Alhamdulillah…sejak saya mengamalkan Peppermint Ginger Plus ini, masalah pedih ulu hati serta kembung sudah semakin berkurangan. Semestinya keadaan ini sangat mempengaruhi kesihatan saya.. dan sejak itu, saya tidak lupa untuk mengambilnya setiap hari.