Thursday, 8 May 2014

Mengatasi pedih ulu hati dengan Peppermint Ginger Plus



Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog…huhuhu…..semuanya kerana masalah kesihatan yang menyebabkan saya menjadi sangat lemah…Alhamdulillah…sudah semakin pulih dan harap-harapnya akan bertambah segar, ceria dan bersemangat..

Ketika tempoh itu, saya sering mengalami pedih ulu hati..memang sangat menyakitkan kerana rasa terbakar di bahagian dada. Secara automatik juga…ianya menyebabkan kehilangan selera makan dan secara tidak langsung menyumbang kepada kembung perut.




Soalan-soalan yang berkaitan pedih ulu hati (ketika hamil)
Dada saya terasa panas selepas makan. Adakah ini pedih ulu hati?
Besar kemungkinan, ya. Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
Adakah pedih ulu hati perkara biasa dan bilakah ia akan berhenti?
Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan mengenai pedih ulu hati?
Ya, memang ada. Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelakkannya seratus peratus, sesetengah daripada perkara berikut mungkin dapat membantu anda melegakannya:
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.



Mengatasi pedih ulu hati dengan Peppermint Ginger Plus

Peppermint-Ginger Plus Shaklee adalah suplemen yang dirumuskan khas dari 4 jenis herba iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis yang membantu melegakan pedih ulu hati. Selain itu, ianya juga membantu melegakan masalah gastrik, badan berangin dan cirit-birit. 

Daun Pudina merangsang mengeluarkan peluh yang dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 

Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung.

Pokok Adas bertindak melegakan kembung perut dan membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis membantu melegakan masalah perncernaan dan gejala batuk dan kahak.


Alhamdulillah…sejak saya mengamalkan Peppermint Ginger Plus ini, masalah pedih ulu hati serta kembung sudah semakin berkurangan. Semestinya keadaan ini sangat mempengaruhi kesihatan saya.. dan sejak itu, saya tidak lupa untuk mengambilnya setiap hari.


No comments:

Post a Comment