Tuesday, 11 March 2014

Mencegah Arthritis dengan Shaklee


Apa itu arthritis?
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.
Arthritis terdiri dari 4 jenis iaitu :
·         Osteoarthritis (OA)
·         Rheumatoid Arthritis
·         Infectious arthritis
·         Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala
Ø  Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
Ø  Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
Ø  Kekerasan sendi.
Ø  Sakit di sekitar sendi.
Ø  Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
Ø  Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
Ø  sukar melakukan tugasan tertentu.
Ø  sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor risiko osteoarthritis
Ø  Peningkatan umur
Ø  Kegemukan :
~ di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
Ø  Keturunan:
~ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
Ø  Pergerakan yang keterlaluan.
Ø  Kecederaan sendi yang teruk:
~ Kepatahan tulang.
~ Koyak pada bahagian meniscus.
~ kerosakan pada ligamen
Ø  Pekerjaan:
~ OA sendi lutut dikalangan pekerja.
~ OA sendi paha di kalangan petani.
Mengurangkan risiko arthritis
Melalui Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
Pendidikan pesakit
Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangkapanjangnya perlu di bincangkan.
Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
Penurunan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
Fisioterapi
Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
Program senaman
Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
·         Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
·         Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
Program aerobik
Senaman aerobikyang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Mencegah arthritis dengan Advance Joint Health Tablet , Ostematrix dan Omega GUard
Advance Joint Health Tablet mengandungi satu bentuk ekstrak Boswella yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi. Ramuannya dirumus secara saintifik untuk :
·         Mengalakkan mobiliti
·         Meningkatkan fleksibiliti
·         Meningkatkan fungsi sendi
·         Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Ostematrix yang terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.Ianya memeliharaa metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang serta menghalang arthritis.

Omega Guard pula membantu dalam memelihara fungsi sendi serta mengelakkan gout . Turut berperanan mengelakkan keradangan.

Berikut adalah testimoni pengunaan set sendi:



Utamakan kesihatan sendi dan cegah arthritis agar kehidupan akan lebih sihat dan bermakna.
Set sendi ini juga boleh dijadikan hadiah pengikat kasih sayang kita untuk ahli keluarga yang lebih berusia dalam menyokong kesihatan yang lebih baik.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan produk.



No comments:

Post a Comment