Thursday 27 March 2014

Atasi masalah tulang rawan


Awas, Lutut Berbunyi!!

Pernahkan lutut anda berbunyi ketika melakukan pergerakan tertentu? Tahukah anda ia merupakan salah satu tanda anda mengalami masalah tulang rawan rosak??

Rawan adalah tisu kuat yang fleksibel sifatnya.Fungsi rawan adalah memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit walaupun ketebalannya hanya beberapa millimeter sahaja. Rawan articular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila anda bergerak. Pada masa yang sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.Kebiasaannya pesakit akan mengadu mengalami sakit di bahagian lutut dan gangguan ini boleh menjejaskan pergerakan seharian individu tersebut.

Rawan pada lutut terbahagi kepada 2 jenis: -

1)    Rawan Miniskus
Penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)

2)    Rawan Artikular
Berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang.

Simptom kerosakan rawan yang boleh dikenalpasti :
·         Sakit pada sendi
·         Sendi bengkak
·         Lutut terkunci iaitu sendi lutut tidak boleh diluruskan
·         Lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutamanya jika rawan di belakang kepala lutut rosak
Antara punca utama kerosakan tulang rawan adalah masalah osteoarthritis dan selalunya ia membabitkan golongan berusia. Golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.
Masalah kecederaan rawan juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak akibat jangkitan kuman pada sendi misalnya septic arthritis. Selain kanak-kanak, septic arthritis juga boleh dialami di kalangan pesakit tibi, HIV, diabetes, gout dan rheumatoid arthritis (RA)

Siapakah yang berisiko?

Disebakan penyakit ini melibatkan pergerakan sendi, pesakit juga berisiko mengalami sakit sendi tulang rawan adalah :
·         Atlet sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi.
·         Individu yang mengalami obesiti
·         Individu yang mempunyai masalah lemah otot paha sejak kecil
·         Individu yang sudah berusia
·         Individu yang sering mengangkat barang-barang berat

 Rawatan tanpa pembedahan

v  Fisioterapi
Latihan untuk menguatkan otot berkaitan atau menyokong sendi membantu mengurangkan tekanan pada sendi dan kesakitan

v  Ubat-ubatan
Ubat steroid anti radang seperti aspirin boleh membantu mengurangkan bengkak dan sakit.

v  Penggunaan alat-alatan bantuan
Antaranya ialah leg brace

v  Perubahan gaya hidup
Dengan mengurangkan aktiviti membabitkan sendi yang terjejas

v  Rawatan dengan pembedahan
Ada beberapa prosedur yang boleh anda pilih bagi menangani masalah kecederaan rawan bergantung kepada peringkat masalah anda. Antara yang popular ialah microfracture iaitu teknik yang mengalakkan pertumbuhan rawan baru

Langkah-langkah pencegahan

ü  Menjaga berat badan
Sangat penting agar berat tubuh yang ditanggung oleh sendi menjadi ringan.

ü  Senaman ringan
Lakukan sukan yang tidak banyak menggunakan sendi atau boleh menyebabkan terjadinya radang sendi.

ü  Sesuaikan umur dengan bersenam
Aktiviti sukan perlulah disesuaikan dengan umur. Jangan paksa diri melakukan sukan berat jika tidak mampu.

ü  Elakkan luka di sendi
Elakkan terjadinya luka pada sendi.SEndi yang mengalami trauma kerana terluka akan mengalami kerosakan lebih awal dari sepatutnya.

ü  Pengambilan supplemen
Ianya dapat membantu mencegah rawan dari mengalami kerosakan atau kesakitan yang lebih teruk.
Antara vitamin Shaklee yang disyorkan untuk masalah tulang rawan ini adalah Ostematrik dan juga Advance Joint Health Tablet




No comments:

Post a Comment