Kenali Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan ekzema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah ekzema disertai dengan masalah asthma.
Ekzema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, ekzema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena ekzema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan ekzema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.
Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan ekzema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat) serta terdedah kepada habuk dan debu.
Tips untuk mengawal ekzema
§ Elakkan membawa anak-anak ke tempat panas yang boleh menyebabkan mereka berpeluh
§ Elakkan memandikan anak-anak dengan air suam/panas.Air suam/panas akan mengeringkan kulit mereka
§ Selepas mandi,cepat-cepat sapukan pelembap pada kulit mereka
§ Elakkan memakai sebarangan bedak kepada mereka kerana dikhuatiri akan menyebabkan alahan
§ Pakaikan mereka dengan pakaian yang boleh menyerap peluh
§ Seeloknya, tidak perlu menggunakan karpet di rumah kerana karpet akan sering menhasilkan debu dan menjadikan alahan kepada mereka yang menghidap eczema
§ Kerap menukar cadar dan tuala
§ Pastikan juga kuku mereka sentiasa pendek supaya tidak akan melukakan kulit apabila digaru ke kawasan-kawasan yang sensitive
§ Kenalpasti juga makanan-makanan yang sering menyebabkan alahan kepada mereka.Seeloknya berikan mereka supplemen sebagai tambahan untuk membuatkan kulit mereka lebih sihat.
Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk mengawal eczema ialah:
1) Energizing Soy Protein – berfungsi untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru
2) Vitamin E Complex – untuk memperbaiki sel-sel kulit serta mengurangkan kesan parut
3) Omega Guard – membantu mengawal keradangan kulit
4) Chewable Vita-C – membantu dalam penghasilan sel antibody, meningkatkan system imunisasi badan
5) Herbal Blend – melegakan gatal-gatal
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com
No comments:
Post a Comment