Saturday, 22 February 2014

Keistimewaan Basic H 2


Pernah dengar Basic H daripada Shaklee?
Apa tu? Okey..sebenarnya Basic H ini bertindak sebagai pencuci dan turut mempunyai pelbagai kegunaan. Ianya juga sinonim dengan produk hijau kerana tidak mengandungi bahan toksik serta selamat digunakan untuk seisi keluarga.

Mengapa anda memerlukan Basic H di dalam rumah anda?
-  kerana ianya mempunyai kepekatan yang tinggi
-  dapat menghilangkan kotoran, gris, dan banyak lagi
-  tidak perlu dibilas
-  tidak meninggalkan sisa sabun
-  tanpa toksik

Bagaimana Basic H Shaklee BERBEZA dengan produk pencuci yang lain?!

Dah tentulah sebab ianya selamat
-  tidak bertoksik
-  tanpa gas beracun
-  tanpa bahan kimia yang berbahaya
-  tanpa bahan pewangi
- lembut pada tangan
- mengandungi kandungan pH yang seimbang
-  tanpa klorin
Selain itu, ianya amat berkesan..
Tak percaya?? Ianya mampu menanggalkan kotoran yang degil dan berminyak dengan mudah
Lagi pula 16 auns Basic H boleh dicairkan di dalam 48 gelen air kerana kepekatannya yang tinggi.Kan ke jimat tu..

Dan yang paling penting, ianya adalah produk yang mesra alam
-  diekstrak daripada ramuan semulajadi seperti jagung dan kelapa
-  tanpa fosfat
-  diisi di dalam bungkusan yang boleh dikitar semula
-  tanpa bahan pewarna
-  selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Berminat untuk mencuba??
Hubungi saya ye..

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125


Wednesday, 19 February 2014

Kehebatan CoQHealth Plus Shaklee




Ramai yang tidak familiar dan tahu kepentingan dan kelebihan Coenzyme Q10 atau juga dikenali sebagai CoQ10 kepada tubuh kita.Sebenarnya CoQ10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam badan kita.
CoQ10 ini sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi.CoQ10 juga turut berperanan sebagai pencetus tenaga serta sangat penting dalam proses penghasilan tenaga.
CoQ10 juga ditemui dengan jumlah yang banyak di dalam organ-organ penting kita seperti jantung, hati, buah pinggang dan pancreas.

Kelebihan CoEnzyme Q10
1 – membantu mengelakkan symptom masalah yang berkaitan dengan penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati, penyakit pernafasan serta banyak lagi
2 – menggalakkan kesihatan jantung dengan mengukuhkan otot-otot jantung serta menyokong keupayaan mengepam darah dengan baik
3 – membantu mengurangkan serangan migrain
4 – meningkatkan tenaga serta mengekalkan keaktifan tubuh
5 – merendahkan tekanan darah dengan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
6 – mengurangkan keradangan serta tekanan oksidatif
7 – turut memainkan peranan dalam mengekalkan awet muda

Keperluan Coenzyme Q10
Keupayaan tubuh kita untuk menghasilkan CoQ10 akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Ditambah dengan diet yang tidak seimbang, ianya boleh menurunkan paras CoQ10 di dalam tubuh badan kita.
Secara puratanya, badan kita memerlukan 10mg CoQ10 sehari. Berikuit disertakan beberapa contoh makanan serta bacaan CoQ10 di dalamnya.
·         2.6mg CoQ10 di dalam 85gm daging
·         1.4mg CoQ10 di dalam 85gm ayam
·         0.8mg CoQ10 di dalam 28g kacang panggang
·         0.5mg CoQ10 dalam ½ cawan brokoli rebus

Cuba anda bayangkan berapa banyakkan makanan yang perlu anda makan bagi memenuhi keperluan CoQ10 tersebut?? Dah tentulah kita perlu mengambil 0.33 kg untuk daging atau 0.61 kg pula untuk ayam.
 
Untuk memenuhi keperluan CoQ10 yang mencukupi dalam tubuh badan kita, Shaklee memperkenalkan vitamin CoQHealth Plus. Ianya mempunyai kandungan semulajadi daripada 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau.
 

Kehebatan CoQHealth Plus Shaklee

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
-       Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
-       Menggalak dan melindungi arteri yang sihat terhadap pengoksidaan LDL
-       Menstabilkan peredaran darah
-       Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah



********************************************************************************


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Tuesday, 18 February 2014

Herb Lax dan Kebaikannya


Herb Lax terdiri dari gabungan 9 herba semulajadi yang mempunyai kelebihan tersendiri.Mari kita tengok kegunaan herba-herba ini.
1-    Senna Leaves
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, serta mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

2-    Buckhorn Bark
melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

3-    Licorice Root
Membantu proses detoksifikasi

4-    Fennel Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit serta kembung perut dan usus

5-    Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

6-    Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic

7-    Blue Malva Flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

8-    Culver’s Root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

9-    Alfalfa Leaves
Membersihkan usus, darah dan hati




Kegunaan Herb Lax

Secara umumnya, Herb Lax berfungsi untuk :
-       Meranagsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut bagi najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh badan
-       Membantu masalah sembelit
-       Turut berperanan untuk detoksifikasi iaitu mengeluarkan toksin yang berada di dalam tubuh badan
-       Mengempiskan perut

Tanda-tanda bahawa tubuh mempunyai toksin yang berlebihan dapat dilihat melalui :
-       kulit yang kusam serta berjerawat
-       selalu berasa lesu dan tidak bertenaga
-       sakit kepala yang kerap dan berulang
-       keradangan kepada kulit

Siapa yang disyorkan mengambil Herb Lax?

-       Mereka yang mengalami masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
-       Mereka yang merupakan pengamal tegar ubat tahan sakit
-       Mereka yang mempunyai banyak jerawat
-       Mereka yang ingin membersihkan usus terutamanya mereka yang baru ingin berjinak-jinak mengambil supplemen.Ini kerana apabila usus telah berada dalam keadaan bersih,supplemen yang diambil akan lebih mudah diserap serta berkesan

*********************************************************************************

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Saturday, 15 February 2014

Tips Merawat Ekzema


Kenali Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan ekzema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah ekzema disertai dengan masalah asthma.
Ekzema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, ekzema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena ekzema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan ekzema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.
Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan ekzema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat) serta terdedah kepada habuk dan debu.




Tips untuk mengawal ekzema
§  Elakkan membawa anak-anak ke tempat panas yang boleh menyebabkan mereka berpeluh
§  Elakkan memandikan anak-anak dengan air suam/panas.Air suam/panas akan mengeringkan kulit mereka
§  Selepas mandi,cepat-cepat sapukan pelembap pada kulit mereka
§  Elakkan memakai sebarangan bedak kepada mereka kerana dikhuatiri akan menyebabkan alahan
§  Pakaikan mereka dengan pakaian yang boleh menyerap peluh
§  Seeloknya, tidak perlu menggunakan karpet di rumah kerana karpet akan sering menhasilkan debu dan menjadikan alahan kepada mereka yang menghidap eczema
§  Kerap menukar cadar dan tuala
§  Pastikan juga kuku mereka sentiasa pendek supaya tidak akan melukakan kulit apabila digaru ke kawasan-kawasan yang sensitive
§  Kenalpasti juga makanan-makanan yang sering menyebabkan alahan kepada mereka.Seeloknya berikan mereka supplemen sebagai tambahan untuk membuatkan kulit mereka lebih sihat.





Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk mengawal eczema ialah:

1)    Energizing Soy Protein – berfungsi untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru
2)    Vitamin E Complex – untuk memperbaiki sel-sel kulit serta mengurangkan kesan parut
3)    Omega Guard – membantu mengawal keradangan kulit
4)    Chewable Vita-C – membantu dalam penghasilan sel antibody, meningkatkan system imunisasi badan
5)    Herbal Blend – melegakan gatal-gatal




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Monday, 10 February 2014

Rawat Gastrik dengan Vitamin Shaklee





Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.
Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.
Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.
Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut. Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawat Gastrik dengan Vitamin Shaklee

Antara vitamin- vitamin yang disyorkan ialah :

Energizing Soy Protein
> memberikan kesan dengan mengurangkan keasidan di dalam perut
> mengandungi asid amino yang betindak untuk memulihkan dan membina sel sel baru
> memberi tenaga

B Complex
> bertindak sebagai penenang kepada pesakit.
> juga melengkapkan keperluan nutrisi harian tubuh

Ostematrix
> mengandungi kalsium ,magnesium dan vitamin D yang baik untuk tubuh
> meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati 
Jom kita baca testimoni-testimoni mereka yang pernah mengambil supplemen untuk merawat gastrik ini.




Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Setiap penyakit insya allah pasti akan ada penawarnya.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Facebook : Ariena vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125


Thursday, 6 February 2014

Atasi Alahan/Morning Sickness dengan Shaklee


Kehamilan pastinya merupakan saat yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Namun, kebanyakkan wanita hamil akan melalui fasa alahan atau juga dikenali sebagai "morning sickness"

Apa itu Alahan/Morning Sickness?

Morning sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan). Rasa mual dan muntah ini kebiasaannya terjadi pada waktu pagi. Namun ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. dan sering menyebabkan ibu-ibu hamil menjadi kurang berselera untuk makan. Jika keadaan berterusan,dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu serta menyebabkan penurunan berat badan. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Berikut ini beberapa tips untuk membantu anda mengatasi “morning sickness” atau mual-muntah selama awal kehamilan:
·         Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan porsi kecil tapi kerap dan jangan makan dalam porsi besar yang membuat anda tambah mual.
·         Makanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein sehingga dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Banyakkan mengambil buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, dll
·         Waktu bangun tidur pagi hari jangan bangun dalam keadaan terburu-buru. Duduk dahulu dan rileks.Kemudian baru bangun secara perlahan. Bila anda merasa sangat mual ketika bangun tidur pagi persiapkan snek atau biskut berhampiran tempat tidur anda, dan anda dapat memakannya dahulu sebelum anda mencuba untuk berdiri.
·         Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambahkan rasa mual anda.
·         Minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air masak ataupun jus. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.
·         Rehat yang mencukupi sangat membantu anda mengatasi rasa mual muntah. Kerana bila anda stress hanya akan memperburuk rasa mual anda. Cubalah beristirehat yang cukup dan santai, dengarkan muzik, membaca buku bayi atau majalah kesayangan anda dll. Hadapilah kehamilan anda dengan kebahagian, kerana ini adalah anugerahNya. Bayangkan saja si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagiaan.

Terdapat vitamin shaklee yang boleh membantu ibu hamil mengurangkan dan mengatasi gejala morning sickness ini iaitu Ostematrix ,B Complex dan Peppermint Ginger Plus.

Ostematrix
  • Membekalkan 250mg kalsium dan 100IU Vitamin D
  • Menghilangkan rasa lenguh dan bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang
  • Mengatasi kekejangan semasa hamil
  • Membantu tidur dengan lena sepanjang malam
  • Melawaskan sistem penghadaman.
B Complex
·    Melegakan mabuk, loya, dan pening
·    Membantu pembentukan hemoglobin
·    Membantu pembentukan sel darah merah
·    Membantu pembentukan sistem saraf
·    Mengatasi kemurungan atau stress (nutrien anti tekanan)

Peppermint Ginger Plus

·         Membuang angin lebihan dalam usus
·         Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut
·         Melegakan rasa loya dan muntah
 

Setiap kehamilan pasti menjadi saat-saat terindah dalam hidup anda. Utamakan kesihatan diri serta bayi di dalam kandungan anda. Perbanyakkan juga amalan-amalan kerohanian agar anak anda akan dilahirkan sebagai khalifah Allah yang taat dan patuh pada perintahNYA.Insya Allah,amin.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, boleh hubungi saya :

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125



Wednesday, 5 February 2014

Senggugut ?? Jangan Pandang Ringan...



Apa itu senggugut??

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian.
 
Senggugut jenis Pertama
Dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang mana ianya dipengaruhi oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut jenis kedua
Ianya dikenali sebagai  ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.



Anda boleh melegakan senggugut dengan gabungan produk berikut :

>> GLA Complex
  •      Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

>> Ostematrix
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
>> B Complex
    
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik.
  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.



Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com