Tuesday, 8 April 2014

Kawal tahap kolesterol anda



Tahap kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Antaranya adalah penyakit jantung dan strok.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan kolesterol mencanak naik ialah :
a.  Makanan terlalu banyak lemak, seperti mentega dan fast food
b.  berat badan berlebihan atau obesiti
c.  Kurang berolahraga
d.  Merokok
e.  Gaya hidup yang tidak sihat
f.  Stress
g. faktor keturunan
Cara untuk mengatasi kolesterol tinggi
1. Berhenti merokok
2. Hindari mengambil minuman ringan secara berlebihan
3. Berolahraga secara teratur untuk meningkatkan kadar HDL dan trigliserida
4. Jalani gaya hidup sihat dengan diet rendah lemak
5. Tingkatkan pengambilan karbohidrat kompleks, buah dan sayur-sayuran
6. Makan makanan berserat yang diketahui dapat mengurangi penyerapan lemak di usus halus, sehingga terjadinya penurunan kadar lemak dalam darah.
7. Minyak ikan yang mengandung lemak omega 3 dapat menurunkan kadar kolesterol darah
8. Jika ada riwayat hiperlipidemia dalam keluarga, periksa tahap kolesterol darah secara berkala. Hal ini untuk menghindari berbagai komplikasi yang tidak diinginkan.


Di Shaklee,  Omega Guard adalah produk yang disyorkan untuk mengawal tahap kolesterol. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee adalah:-
·         Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
·         Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
·         Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
·         Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
·         1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
·         Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.




Monday, 7 April 2014

Vitamin untuk kesihatan lelaki


Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Ini didorong oleh perasaan ego yang mengganggap bahawa diri sentiasa sihat, menyebabkan kurangnya pendedahan mereka terhadap suplemen.

Namun, sudah sampai masanya untuk lelaki juga mengambil berat tentang kesihatan mereka. Ini bagi memastikan mereka dapat mencegah dari awal sesuatu penyakit dan tidak hanya akan mengetahui apabila telah sampai di tahap yang kritikal.

Mari kita semak apakah vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesihatan lelaki.

1)    Kalsium
Kalsium amat membantu dalam menyihatkan otot dan menguatkan tulang.Tetapi kebanyakan lelaki tidak atau jarang mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian.
Sumber makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi adalah seperti sayuran hijau, avocado, bendi dan susu.

Suplemen yang disyorkan : OSTEMATRIX

2)    Asid Folik
Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan.
Sumber makanan adalah seperti roti yang diperkaya dengan bijirin

Suplemen yang disyorkan : B-COMPLEX

3)    Boron
Lelaki dengan pengambilan boron  yang mencukupi akan berkurang risiko 96% untuk menghidapi kanser prostat berbanding mereka yang kekurangan boron. Ianya tidak melawan kanser tetapi akan mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan.
Sumber makanan yang mengandungi boron adalah kismis dan kacang badam.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

4)    Chronium
Ia juga dikenali sebagai suplemen yang vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes, pengambilan chromium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi chromium adalah seperti bawang, tomato dan kentang.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA

5)    Vitamin E
Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Ia juga turut membantu lelaki yang menghadapi masalah kesuburan.
Sumber makanan adalah seperti bayam, brokoli, asparagus, tomato dan badam

Suplemen yang disyorkan : VITAMIN E & VITALEA
.
6)    Omega 3
Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju.Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri tersekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 yang mencukupi berisiko rendah untuk terkena penyakit jantung.
Sumber makanan terdapat di dalam soya dan juga tauhu.

Suplemen yang disyorkan : OMEGA GUARD

7)    Zink
Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau bermasalah pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut.
Sumber makanan terdapat di dalam tiram, coklat pekat serta serbuk koko.

Suplemen yang disyorkan : ZINC COMPLEX

8)    Solenium
Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru.
Sumber makanan boleh didapati dalam udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardine.

Suplemen yang disyorkan : VITALEA & VITAMIN E


Moh kita bersama-sama tingkat kesedaran para bapa-bapa, abang dan adik untuk mereka lebih prihatin dan mengambil berat kesihatan diri mereka. Bila mereka sihat, keluarga pon bahagia..Insya Allah.

Friday, 4 April 2014

Ostematrix membantu untuk tidur yang lebih lena





Tidur adalah merupakan salah satu proses yang penting untuk tubuh badan kita.Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.


``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.

Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:

a. Tahap I - Rasa mengantuk

b. Tahap II - Tidur-tidur ayam

c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.

Tidur lebih lena dengan Ostematrix

Beberapa kajian menunjukkan yg insomnia dikaikan dgn kekurangan MAGNESIUM. Magnesium ini adalah mineral yg membantu otot dan saraf kita lebih releks yg turut membantu kita utk tidur dengan lebih lena

Pada org yg berumur, menurut kajian yg dibuat penambahan supplemen MAGNESIUM telah menunjukkan perubahan pada kualiti tidur dgn mengurangkan hormon kortisol yg menganggu tidur mlm dgn lena, Magnesium juga boleh membuatkan kita lebih releks dan bersifat anti stress

Semasa kita tidur, otot dalam badan akan bergerak dan meregang untuk persediaan pada esok hari dan magnesium diperlukan untuk bekerja dgn kalsium bg membantu otot kita mengecut dan berehat. Kalsium dalam badan membantu untut otot mengecut dan magnesium pula membantu utk otot releks, Bermakna tanpa magnesium otot tidak boleh berehat selepas mengecut yg membawa kepada tidur yg tidak lena dan kekejangan otot juga boleh berlaku

Ostematrix membantu :
·         tidur lena sepanjang malam.
·         Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
·         Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
·         Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil .
·         Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Wednesday, 2 April 2014

Promosi April 2014





Promosi April 2014 ialah OSTEMATRIX.
Beli 6, percuma sebotol.

Mari kita berkenalan dengan lebih dekat lagi tentang Ostematrix ini.

Ostematrix mengandungi :
ü  1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap pekekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
ü  400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalisium ke dalam tulang serta menguatkannya
ü  400 IU (100% DV) vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium
ü  Mudah ditelan
ü  Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Siapa yang memerlukan Ostematrix??
·         Ibu hamil – sangat penting dalam menyokong tumbesaran tulang bayi dalam kandungan
·         Mengatasi masalah kaki cramp
·         Mengelakkan kesakitan gigi semasa hamil
·         Membantu mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan di dalam pantang
·         Membanatu dalam penghasilan susu
·         Mereka yang alah dalam mengambil produk tenusu seperti susu
·         Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk-sejuk badan, rasa bias di tapak kaki atau kebas
·         Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang berkualiti
·         Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari
·         Mereka yang sedang menjalani rawatan fisioterapi
·         Mereka yang mempunyai masalah rekahan di tumit kaki
·         Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk

 Hubungi segera untuk mendapatkan stok anda..Boleh juga untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga.Pasti menjimatkan