Friday, 28 February 2014

MANFAAT OMEGA GUARD SHAKLEE


Apa itu Omega 3?
Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar.
Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:
1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)
2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)
3 . Alpha Linolenic Acid (ALA)

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
v  Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
v  Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
v  Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
v  Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
v  Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
v  Mengurangkan risiko darah beku
v  Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
v  Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
v  Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
v  Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
v  Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
v  Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
v  Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
v  Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
v  Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
v  Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
v  Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
v  Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
v  Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
v  Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
v  Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
v  Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
v  Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak

(credit to Dr Norman Mohd Norawi)




Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik . Ianya diekstrak dari ikan laut air sejuk di terdapat di perairan Negara Jepun.Berbanding dengan produk omega lain, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ianya dihasilkan melalui proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen.

Didatangkan dengan botol yang mengandungi 90 biji kapsul, ianya merupakan pilihan terbaik untuk seisi keluarga.

Untuk pertanyaan dan pesanan produk, hubungi saya

ID 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS / Whatsapp : 018-6672125

Thursday, 27 February 2014

Kelebihan Cinch Shake MIx

Kenali Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang kekurangan masa untuk menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot.

Ianya didatangkan di dalam 3 perisa iaitu Vanilla, Chocolate serta Caffe Latte.

Pada kebiasaannya, proses diet akan menghilangkan lemak dan juga otot.Kehilangan otot akan menyebabkan keupayaan membakar lemak juga turut hilang. Ini akan merendahkan kadar metabolisme anda.

Kelebihan Cinch Shake Mix
Ø  Sesuai untuk mereka yang menghidap kencing manis
Ø  Rasa yang lazat
Ø  Membantu memelihara otot semasa proses penurunan berat badan
Ø  24 gram protein yang terdapat di dalam setiap hidangan membantu anda berasa kenyang
Ø  Kandungan serat yang tinggi
Ø  Kadar glisemik yang rendah untuk mengekalkan tahap gula serta mengekalkan tenaga
Ø  Tiada perasa tiruan, warna dan pemanis

Siapa yang boleh mengambil Cinch Shake Mix ini?

Mereka yang berumur 12 tahun dan ke atas boleh mengambil cinch ini.Sangat disyorkan untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana ianya membantu proses penurunan berat badan tanpa perlu berlapar.

Namun begitu, ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan bayi tidak digalakkan untuk mengambilnya.

JIka anda berminat untuk mendapatkannya..hubungi saya:

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Wednesday, 26 February 2014

3 Elemen Diet



Anda ingin menguruskan badan??
Bagaimana yer??

Sebenarnya, konsep diet yang sihat memerlukan 3 elemen penting iaitu :
1 – memecahkan lemak
      Kegemukan biasanya terjadi akibat lemak-lemak yang telah terkumpul di dalam badan akibat makanan yang dimakan tidak ditukarkan untuk menjadi tenaga. Lemak-lemak ini haruslah dipecahkan terlebih dahulu
2 – pengangkutan toksin/lemak
      Lemak-lemak yang telah dipecahkan tadi, perlulah diangkut keluar dari tubuh badan kita. Dalam masa yang sama, toksin juga pelu dikeluarkan dari badan kerana jika tidak, ia akan menghalang dan menyukarkan penyerapan nutrien dengan berkesan.
3 – pembinaan otot
Adalah penting untuk mengekalkan otot selepas lemak-lemak dipecahkan dan diangkut keluar.Ini adalah kerana otot memainkan peranan dalam meningkatkan metabolisme badan yang bertindak sebagai pembakar lemak.

Bagaimana Shaklee membantu anda untuk mencapai 3 elemen diet ini??
Sebenarnya terdapat produk-produk Shaklee yang direka bagi membantu anda mencapai 3 elemen ini.
Ianya adalah seperti berikut :
©       Memecahkan lemak : Lecithin dan Omega Guard bertindak untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membersihkan saluran darah.


©       Mengangkut lemak dan toksin : Alfalfa amat sesuai sebagai agen pengangkut. Ianya juga turut membantu mencuci usus bagi membuang toksik yang berkumpul di dalam badan.Herb Lax juga turut berperanan sama seperti alfalfa namun ianya lebih disyorkan untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ianya turut dikenali sebagai “julap”

©       Pembinaan otot : ESP dan Cinch Shake Mix bukan sahaja dapat membantu mengatasi rasa lapar, namun ia juga menyokong pemeliharaan otot yang sihat.


ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com




Saturday, 22 February 2014

Keistimewaan Basic H 2


Pernah dengar Basic H daripada Shaklee?
Apa tu? Okey..sebenarnya Basic H ini bertindak sebagai pencuci dan turut mempunyai pelbagai kegunaan. Ianya juga sinonim dengan produk hijau kerana tidak mengandungi bahan toksik serta selamat digunakan untuk seisi keluarga.

Mengapa anda memerlukan Basic H di dalam rumah anda?
-  kerana ianya mempunyai kepekatan yang tinggi
-  dapat menghilangkan kotoran, gris, dan banyak lagi
-  tidak perlu dibilas
-  tidak meninggalkan sisa sabun
-  tanpa toksik

Bagaimana Basic H Shaklee BERBEZA dengan produk pencuci yang lain?!

Dah tentulah sebab ianya selamat
-  tidak bertoksik
-  tanpa gas beracun
-  tanpa bahan kimia yang berbahaya
-  tanpa bahan pewangi
- lembut pada tangan
- mengandungi kandungan pH yang seimbang
-  tanpa klorin
Selain itu, ianya amat berkesan..
Tak percaya?? Ianya mampu menanggalkan kotoran yang degil dan berminyak dengan mudah
Lagi pula 16 auns Basic H boleh dicairkan di dalam 48 gelen air kerana kepekatannya yang tinggi.Kan ke jimat tu..

Dan yang paling penting, ianya adalah produk yang mesra alam
-  diekstrak daripada ramuan semulajadi seperti jagung dan kelapa
-  tanpa fosfat
-  diisi di dalam bungkusan yang boleh dikitar semula
-  tanpa bahan pewarna
-  selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Berminat untuk mencuba??
Hubungi saya ye..

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125


Wednesday, 19 February 2014

Kehebatan CoQHealth Plus Shaklee




Ramai yang tidak familiar dan tahu kepentingan dan kelebihan Coenzyme Q10 atau juga dikenali sebagai CoQ10 kepada tubuh kita.Sebenarnya CoQ10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam badan kita.
CoQ10 ini sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi.CoQ10 juga turut berperanan sebagai pencetus tenaga serta sangat penting dalam proses penghasilan tenaga.
CoQ10 juga ditemui dengan jumlah yang banyak di dalam organ-organ penting kita seperti jantung, hati, buah pinggang dan pancreas.

Kelebihan CoEnzyme Q10
1 – membantu mengelakkan symptom masalah yang berkaitan dengan penglihatan dan pendengaran, masalah pembelajaran, jantung, hati, penyakit pernafasan serta banyak lagi
2 – menggalakkan kesihatan jantung dengan mengukuhkan otot-otot jantung serta menyokong keupayaan mengepam darah dengan baik
3 – membantu mengurangkan serangan migrain
4 – meningkatkan tenaga serta mengekalkan keaktifan tubuh
5 – merendahkan tekanan darah dengan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
6 – mengurangkan keradangan serta tekanan oksidatif
7 – turut memainkan peranan dalam mengekalkan awet muda

Keperluan Coenzyme Q10
Keupayaan tubuh kita untuk menghasilkan CoQ10 akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Ditambah dengan diet yang tidak seimbang, ianya boleh menurunkan paras CoQ10 di dalam tubuh badan kita.
Secara puratanya, badan kita memerlukan 10mg CoQ10 sehari. Berikuit disertakan beberapa contoh makanan serta bacaan CoQ10 di dalamnya.
·         2.6mg CoQ10 di dalam 85gm daging
·         1.4mg CoQ10 di dalam 85gm ayam
·         0.8mg CoQ10 di dalam 28g kacang panggang
·         0.5mg CoQ10 dalam ½ cawan brokoli rebus

Cuba anda bayangkan berapa banyakkan makanan yang perlu anda makan bagi memenuhi keperluan CoQ10 tersebut?? Dah tentulah kita perlu mengambil 0.33 kg untuk daging atau 0.61 kg pula untuk ayam.
 
Untuk memenuhi keperluan CoQ10 yang mencukupi dalam tubuh badan kita, Shaklee memperkenalkan vitamin CoQHealth Plus. Ianya mempunyai kandungan semulajadi daripada 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak teh hijau.
 

Kehebatan CoQHealth Plus Shaklee

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
-       Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
-       Menggalak dan melindungi arteri yang sihat terhadap pengoksidaan LDL
-       Menstabilkan peredaran darah
-       Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah



********************************************************************************


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Tuesday, 18 February 2014

Herb Lax dan Kebaikannya


Herb Lax terdiri dari gabungan 9 herba semulajadi yang mempunyai kelebihan tersendiri.Mari kita tengok kegunaan herba-herba ini.
1-    Senna Leaves
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, serta mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

2-    Buckhorn Bark
melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

3-    Licorice Root
Membantu proses detoksifikasi

4-    Fennel Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit serta kembung perut dan usus

5-    Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

6-    Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic

7-    Blue Malva Flower
Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

8-    Culver’s Root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

9-    Alfalfa Leaves
Membersihkan usus, darah dan hati




Kegunaan Herb Lax

Secara umumnya, Herb Lax berfungsi untuk :
-       Meranagsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut bagi najis yang tersekat atau tersimpan lama di dalam tubuh badan
-       Membantu masalah sembelit
-       Turut berperanan untuk detoksifikasi iaitu mengeluarkan toksin yang berada di dalam tubuh badan
-       Mengempiskan perut

Tanda-tanda bahawa tubuh mempunyai toksin yang berlebihan dapat dilihat melalui :
-       kulit yang kusam serta berjerawat
-       selalu berasa lesu dan tidak bertenaga
-       sakit kepala yang kerap dan berulang
-       keradangan kepada kulit

Siapa yang disyorkan mengambil Herb Lax?

-       Mereka yang mengalami masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
-       Mereka yang merupakan pengamal tegar ubat tahan sakit
-       Mereka yang mempunyai banyak jerawat
-       Mereka yang ingin membersihkan usus terutamanya mereka yang baru ingin berjinak-jinak mengambil supplemen.Ini kerana apabila usus telah berada dalam keadaan bersih,supplemen yang diambil akan lebih mudah diserap serta berkesan

*********************************************************************************

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Saturday, 15 February 2014

Tips Merawat Ekzema


Kenali Ekzema
Ekzema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan ekzema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah ekzema disertai dengan masalah asthma.
Ekzema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain. Pada bayi, ekzema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena ekzema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan ekzema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdarah.
Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan ekzema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat) serta terdedah kepada habuk dan debu.




Tips untuk mengawal ekzema
§  Elakkan membawa anak-anak ke tempat panas yang boleh menyebabkan mereka berpeluh
§  Elakkan memandikan anak-anak dengan air suam/panas.Air suam/panas akan mengeringkan kulit mereka
§  Selepas mandi,cepat-cepat sapukan pelembap pada kulit mereka
§  Elakkan memakai sebarangan bedak kepada mereka kerana dikhuatiri akan menyebabkan alahan
§  Pakaikan mereka dengan pakaian yang boleh menyerap peluh
§  Seeloknya, tidak perlu menggunakan karpet di rumah kerana karpet akan sering menhasilkan debu dan menjadikan alahan kepada mereka yang menghidap eczema
§  Kerap menukar cadar dan tuala
§  Pastikan juga kuku mereka sentiasa pendek supaya tidak akan melukakan kulit apabila digaru ke kawasan-kawasan yang sensitive
§  Kenalpasti juga makanan-makanan yang sering menyebabkan alahan kepada mereka.Seeloknya berikan mereka supplemen sebagai tambahan untuk membuatkan kulit mereka lebih sihat.





Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk mengawal eczema ialah:

1)    Energizing Soy Protein – berfungsi untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru
2)    Vitamin E Complex – untuk memperbaiki sel-sel kulit serta mengurangkan kesan parut
3)    Omega Guard – membantu mengawal keradangan kulit
4)    Chewable Vita-C – membantu dalam penghasilan sel antibody, meningkatkan system imunisasi badan
5)    Herbal Blend – melegakan gatal-gatal




Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk:
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125