Wednesday, 12 March 2014

NutriWhite - Set Penjagaan Muka


Bertemu kembali..
Jika sebelum ini saya membicarakan tentang set penjagaan rambut Shaklee, pada kali ini kita akan berkenalan dengan Set Penjagaan Muka pula…
Set Penjagaan Muka Shaklee terdiri dari :
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

  •  Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
Overnight Renewal Whitening Cream

  • Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
  • Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
  • Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
  • Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri

 Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan
 Soothing Radiance Whitening Softener
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan
Gentle Action Makeup Remover
  • Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
  • Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
  • Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
Daily Defense Whitening Essence
 Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:
  • Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
  • Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
  • Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam
  • Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
  • Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
  • Lembut dan mudah diserap oleh kulit
Spot Whitening Treatment
  • Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
  • Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
  • Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus

Untuk pertanyaan, hubungi :
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
ID : 1081894
SMS/Whatsapp : 018-6682125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com

Tuesday, 11 March 2014

Mencegah Arthritis dengan Shaklee


Apa itu arthritis?
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka.
Arthritis terdiri dari 4 jenis iaitu :
·         Osteoarthritis (OA)
·         Rheumatoid Arthritis
·         Infectious arthritis
·         Polymyalgia rheumatica
Tanda-tanda dan gejala
Ø  Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
Ø  Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
Ø  Kekerasan sendi.
Ø  Sakit di sekitar sendi.
Ø  Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
Ø  Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
Ø  sukar melakukan tugasan tertentu.
Ø  sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.
Faktor-faktor risiko osteoarthritis
Ø  Peningkatan umur
Ø  Kegemukan :
~ di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
Ø  Keturunan:
~ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
Ø  Pergerakan yang keterlaluan.
Ø  Kecederaan sendi yang teruk:
~ Kepatahan tulang.
~ Koyak pada bahagian meniscus.
~ kerosakan pada ligamen
Ø  Pekerjaan:
~ OA sendi lutut dikalangan pekerja.
~ OA sendi paha di kalangan petani.
Mengurangkan risiko arthritis
Melalui Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.
Pendidikan pesakit
Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangkapanjangnya perlu di bincangkan.
Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
Penurunan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.
Fisioterapi
Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya.yang berlarutan.
Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.
Program senaman
Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
·         Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
·         Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.
Program aerobik
Senaman aerobikyang di galakan adalah termasuk berjalan 30 minit 3 kali seminggu, berbasikal, berenang, menari aerobic dan terapi dalam air.
Mencegah arthritis dengan Advance Joint Health Tablet , Ostematrix dan Omega GUard
Advance Joint Health Tablet mengandungi satu bentuk ekstrak Boswella yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi. Ramuannya dirumus secara saintifik untuk :
·         Mengalakkan mobiliti
·         Meningkatkan fleksibiliti
·         Meningkatkan fungsi sendi
·         Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

Ostematrix yang terdiri dari kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.Ianya memeliharaa metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang serta menghalang arthritis.

Omega Guard pula membantu dalam memelihara fungsi sendi serta mengelakkan gout . Turut berperanan mengelakkan keradangan.

Berikut adalah testimoni pengunaan set sendi:



Utamakan kesihatan sendi dan cegah arthritis agar kehidupan akan lebih sihat dan bermakna.
Set sendi ini juga boleh dijadikan hadiah pengikat kasih sayang kita untuk ahli keluarga yang lebih berusia dalam menyokong kesihatan yang lebih baik.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pesanan produk.



Monday, 10 March 2014

ProSante : Set Penjagaan Rambut Shaklee



Bertemu lagi di hari Isnin yang berkat ini..
Hmm...pada kebiasaannya, Shaklee sering dikaitkan dengan produk kesihatan seperti vitamin sama ada dalam bentuk kapsul mahupun cecair. Namun, untuk pengetahuan anda, Shaklee juga memiliki rangkaian produk penjagaan rambut yang dikenali sebagai ProSante.
Mari kita berkenalan dengan produk-produk yang terdapat di dalam set penjagaan rambut ini. ProSante terdiri dari :
1 - Nourishing Scalp Treatment
      Merupakan produk yang paling penting dalam set penjagaan rambut ProSante. Ianya mengandungi Scalp Health Complex eksklusif yang paling tinggi. Berupaya menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

2 - Revitalizing Shampoo


  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

3 - Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

4 - Replenishing Conditioner

  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
5 - Lightweight Conditioner


  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

6 - Long Lasting Finishing Spray

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
Dengan Set Penjagaan Rambut Shaklee ini, rambut anda akan lebih cantik bersinar, terjaga, tiada lagi masalah keguguran rambut serta kelemumur. Yang bestnya, set penjagaan rambut ini boleh dikongsi untuk kegunaan sekeluarga..Berbaloi bukan???

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan yer...




Friday, 7 March 2014

Manfaat Nutriferon


Nutriferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari UniversityTokyo pada tahun 1954. SElepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah Berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi dunia (Nutriferon). Hasil gabungan 4 ekstrak  tumbuhan iaitu biji labu,bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan untuk pengeluaran interferon bagi tubuh secara semulajadi.

Manfaat Nutriferon

v  Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan system imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.

v  Melawan Kanser & Tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. SElain dari itu, ia juga mampu untuk mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi

v  Melindungi dari influenza
Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

v  Meringankan stress dan kelesuan
Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

v  Melambatkan penuaan
Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.JUsteru itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

v  Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan sebagainya

v  Mengurangkan simptom menopaus
Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain yang berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik

v  Mengurangkan simptom PMS
Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood yang berubah-ubah

Berikut merupakan testimoni berkaitan pengunaan Nutriferon