Monday, 10 February 2014

Rawat Gastrik dengan Vitamin Shaklee





Apa itu Gastrik?

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.
Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.
Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.
Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut. Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawat Gastrik dengan Vitamin Shaklee

Antara vitamin- vitamin yang disyorkan ialah :

Energizing Soy Protein
> memberikan kesan dengan mengurangkan keasidan di dalam perut
> mengandungi asid amino yang betindak untuk memulihkan dan membina sel sel baru
> memberi tenaga

B Complex
> bertindak sebagai penenang kepada pesakit.
> juga melengkapkan keperluan nutrisi harian tubuh

Ostematrix
> mengandungi kalsium ,magnesium dan vitamin D yang baik untuk tubuh
> meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati 
Jom kita baca testimoni-testimoni mereka yang pernah mengambil supplemen untuk merawat gastrik ini.




Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Setiap penyakit insya allah pasti akan ada penawarnya.


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

Facebook : Ariena vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125


Thursday, 6 February 2014

Atasi Alahan/Morning Sickness dengan Shaklee


Kehamilan pastinya merupakan saat yang ditunggu-tunggu bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Namun, kebanyakkan wanita hamil akan melalui fasa alahan atau juga dikenali sebagai "morning sickness"

Apa itu Alahan/Morning Sickness?

Morning sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan). Rasa mual dan muntah ini kebiasaannya terjadi pada waktu pagi. Namun ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. dan sering menyebabkan ibu-ibu hamil menjadi kurang berselera untuk makan. Jika keadaan berterusan,dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu serta menyebabkan penurunan berat badan. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Berikut ini beberapa tips untuk membantu anda mengatasi “morning sickness” atau mual-muntah selama awal kehamilan:
·         Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan porsi kecil tapi kerap dan jangan makan dalam porsi besar yang membuat anda tambah mual.
·         Makanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein sehingga dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Banyakkan mengambil buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, dll
·         Waktu bangun tidur pagi hari jangan bangun dalam keadaan terburu-buru. Duduk dahulu dan rileks.Kemudian baru bangun secara perlahan. Bila anda merasa sangat mual ketika bangun tidur pagi persiapkan snek atau biskut berhampiran tempat tidur anda, dan anda dapat memakannya dahulu sebelum anda mencuba untuk berdiri.
·         Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambahkan rasa mual anda.
·         Minum air yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air masak ataupun jus. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.
·         Rehat yang mencukupi sangat membantu anda mengatasi rasa mual muntah. Kerana bila anda stress hanya akan memperburuk rasa mual anda. Cubalah beristirehat yang cukup dan santai, dengarkan muzik, membaca buku bayi atau majalah kesayangan anda dll. Hadapilah kehamilan anda dengan kebahagian, kerana ini adalah anugerahNya. Bayangkan saja si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagiaan.

Terdapat vitamin shaklee yang boleh membantu ibu hamil mengurangkan dan mengatasi gejala morning sickness ini iaitu Ostematrix ,B Complex dan Peppermint Ginger Plus.

Ostematrix
  • Membekalkan 250mg kalsium dan 100IU Vitamin D
  • Menghilangkan rasa lenguh dan bisa-bisa badan
  • Mengurangkan rasa sakit pinggang
  • Mengatasi kekejangan semasa hamil
  • Membantu tidur dengan lena sepanjang malam
  • Melawaskan sistem penghadaman.
B Complex
·    Melegakan mabuk, loya, dan pening
·    Membantu pembentukan hemoglobin
·    Membantu pembentukan sel darah merah
·    Membantu pembentukan sistem saraf
·    Mengatasi kemurungan atau stress (nutrien anti tekanan)

Peppermint Ginger Plus

·         Membuang angin lebihan dalam usus
·         Mengurangkan rasa sakit pada abdominal dan kembung perut
·         Melegakan rasa loya dan muntah
 

Setiap kehamilan pasti menjadi saat-saat terindah dalam hidup anda. Utamakan kesihatan diri serta bayi di dalam kandungan anda. Perbanyakkan juga amalan-amalan kerohanian agar anak anda akan dilahirkan sebagai khalifah Allah yang taat dan patuh pada perintahNYA.Insya Allah,amin.


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, boleh hubungi saya :

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125



Wednesday, 5 February 2014

Senggugut ?? Jangan Pandang Ringan...



Apa itu senggugut??

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan ianya dibahagikan kepada dua bahagian.
 
Senggugut jenis Pertama
Dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang mana ianya dipengaruhi oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Senggugut jenis kedua
Ianya dikenali sebagai  ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya.   Senggugut ini disebabkan olih sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kebanyakkan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, perdarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. Penderita senggugut ada kalanya mengeluh akan masalah kekerapan membuang air kecil, cirit birit, pening, kembung, rasa sakit di buah dada, kemurungan dan rasa cepat marah.



Anda boleh melegakan senggugut dengan gabungan produk berikut :

>> GLA Complex
  •      Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.

>> Ostematrix
  • Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar
  • Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
  • Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
  • Boron - membantu dalam metabolisme tulang
  • Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
>> B Complex
    
  • Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi.
  • Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik.
  • Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.



Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com

Sunday, 26 January 2014

Rawat Buasir Dengan Shaklee


Apa itu Buasir?


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
Jenis-jenis buasir

Buasir boleh dikategorikan kepada 2 iaitu :

>> Buasir Dalaman


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

>> Buasir Luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


Antara penyebab utama terjadinya buasir ialah :

~ Meneran dengan kuat ketika membuang air besar (ketika najis keras atau sembelit)
~ Cirit-birit
~ Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
~ Batuk yang teruk
~ Bersalin
~ Mengangkat berat
~ Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Untuk mencegah dari buasir, amalkan petua-petua berikut:
##   Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun    dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
##   Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
##   Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
##   Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
##   Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
##   Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
##   Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
##   Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
##  Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
   

Rawat Buasir Dengan Shaklee

•OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
•OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
•ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat



Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe.blogspot.com

Wednesday, 22 January 2014

DTX Complex Shaklee



Hati adalah merupakan salah satu kompenan terpenting dalam sistem tubuh badan kita.Ianya berfungsi untuk menyimpan glikogen, peneutralan ubat serta penting dalam proses pencernaan.

Risiko Penyakit Hati
Menurut Pakar Perubatan Kardiologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Abdul Rahman Mohd Ali berkata,hepatitis bukan penyakit luar biasa. Di seluruh dunia dianggarkan 250 juta orang dijangkiti Hepatitis C. “Kira-kira 400 juta orang adalah pembawa Hepatitis B. Malah Hepatitis B adalah 50 hingga 100 kali lebih berjangkit berbanding HIV. “Radang pada hati dikategorikan mengikut sel radang pada tisu organ. Hepatitis mungkin masalah yang terhad kepada pesakit itu sahaja atau mungkin ia mencatat perkembangan dan menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati,” katanya. Hepatitis juga boleh berlaku dengan atau tanpa simptom. Jika berlaku simptom ia mungkinmuncul dalam bentuk seperti jaundis dan hilang selera makan.  “Hepatitis yang akut berlaku enam bulan tetapi hepatitis kronik lebih lama daripada tempoh itu. Selain disebabkan virus, hepatitis mungkin juga terjadi kerana toksin (misalnya dari arak) atau penyakit auto imun ,” katanya.


Mencegah Penyakit Hati
1 – menjaga kebersihan di rumah dan sekitar kediaman
2 – mencuci tangan dengan bersih sebelum dan sesudah makan serta selepas keluar dari tandas
3 – menghindari penggunaan alat bersama dengan penderita pesakit hati seperti pisau cukur, sikat, sabun dan sebagainya
4 – melakukan diet sihat serta menjaga keseimbangan tubuh badan dengan mengambil gizi yang lengkap
5 – melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
6 – mengambil suplemen dari bahan-bahan alami
7 – menghindari rokok dan minuman alcohol


Apakah DTX Complex Shaklee?
DTX Complex Shaklee terdiri dari gabungan 6 ramuan penting iaitu:
a)    Ekstrak biji benih pokok susu tisel
Ø  Kaya dengan bahan antioksida, melindungi hati daripada toksin
Ø  Membantu merawat masalah hati seperti hepatitis
Ø  Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat meminum alcohol
Ø  Membantu mencegah masalah kulit seperti ekzema
b)    Dandelion
Ø  Membantu mengurangkan masalah jaundis
Ø  Membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati
Ø  Membantu mencegah batu karang dari merebak
Ø  Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi
Ø  Merendahkan paras gula dalam darah
c)    Cendawan Reishi
Ø  Membina sistem imun
Ø  Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis
Ø  Merawat symptom keletihan yang kronik
Ø  Membantu mencegah penyakit jantung
d)    Artichoke
Ø  Membina semula sel sel hati
Ø  Merangsang pengaliran hempedu
e)    Kunyit
Ø  Menganduni curcumin iaitu bahan antioksida
Ø  Bertindak sebagai anti keradangan

f)     Schizandra
Ø  Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi serta memperlahankan pembentukan toksin
Kebaikan pengambilan DTX Complex
-          Memberi perlindungan kepada hati anda
-          Penjagaan kulit – penyembuhan untuk jerawat serta eczema
-          Membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat
-          Membantu dalam mengawal selera makan dan amat baik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan

************************************ 
Hubungi saya untuk pertanyaan dan pesanan produk

Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com

Monday, 20 January 2014

Mealshakes : Meningkatkan selera anak anda


Sebagai ibu bapa...pasti seronok jika melihat anak-anak suka makan...terutamanya makanan seimbang...Tapi...ada juga yang mengalami masalah anak tidak mahu makan atau kurang makan....Aduhai....letih dan pening dibuatnya bila nak memancing selera anak..

Haaa....jangan risau lagi....Sekarang anda boleh mencuba untuk memberikan Mealshakes sebagai makanan tambahan untuk anak anda. Ianya mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan ianya juga kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.



Antara kebaikan Mealshake ini ialah :
•rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
•sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
•sesuai untuk seisi keluarga
•Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
•Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
•Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
•Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
•Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
•Meningkatkan selera makan anak
•Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
•Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
•menangani masalah sembelit pada kanak-kanak

Yang tambah bestnya mealshakes ni juga boleh dibancuh dengan pelbagai resepi.Takder laaa nanti kita jemu dengan satu rasa jer..Yer tak? Baru lah boleh meningkatkan selera anak.Bukan takat anak...seisi rumah pon boleh..Antaranya :

~ Mealshakes + air suam
~ Mealshakes + ESP
~ Mealshakes + Performance Drink
~ Mealshakes + ESP + Performance Drink
~ Mealshakes + Jus Oren
~ Mealshakes + Milo
~ Mealshakes + Horlicks

dan pelbagai lagi lah...Kalau anda ada resepi-resepi baru lagi,kongsikan dengan kami yer..

Okeylah...untuk mendapatkan produk hebat ini, hubungi saya:

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125

Wednesday, 15 January 2014

Kebaikan GLA Complex


GLA Complex dihasilkan dari esktrak bunga herba Borage.Setiap kapsul GLA Complex mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ia digabung dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Bioavailabilitinya telah dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap kedalam sel dan tisu manusia dengan baik


Kebaikan GLA Complex

~ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
   (merangkumi : > wanita yang mempunyai period yang tidak teratur
                             > wanita yang mempunyai aliran haid yang banyak atau terlalu sedikit
                             > wanita yang putus haid
                             > wanita yang sering lewat datang haid
                             > wanita yang mengalami senggugut

~ Membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair servik - yang mana bagus bagi mereka yang ingin cuba untuk hamil
~ Membantu sperma hidup lebih lama dalam tiub fallapio & memudahkan ia terus berenang terus ke fallapio
~ Melegakan sindrom PMS
~ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
~ Menuatkan imun tubuh
~ Untuk fungsi saraf
~ GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan
~ Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis
~ Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
~ Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik
~ Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.




Untuk pertanyaan produk serta pesanan, hubungi saya

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125