Monday, 10 March 2014

ProSante : Set Penjagaan Rambut Shaklee



Bertemu lagi di hari Isnin yang berkat ini..
Hmm...pada kebiasaannya, Shaklee sering dikaitkan dengan produk kesihatan seperti vitamin sama ada dalam bentuk kapsul mahupun cecair. Namun, untuk pengetahuan anda, Shaklee juga memiliki rangkaian produk penjagaan rambut yang dikenali sebagai ProSante.
Mari kita berkenalan dengan produk-produk yang terdapat di dalam set penjagaan rambut ini. ProSante terdiri dari :
1 - Nourishing Scalp Treatment
      Merupakan produk yang paling penting dalam set penjagaan rambut ProSante. Ianya mengandungi Scalp Health Complex eksklusif yang paling tinggi. Berupaya menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

2 - Revitalizing Shampoo


  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

3 - Purifying Shampoo

  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

4 - Replenishing Conditioner

  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
5 - Lightweight Conditioner


  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

6 - Long Lasting Finishing Spray

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.
Dengan Set Penjagaan Rambut Shaklee ini, rambut anda akan lebih cantik bersinar, terjaga, tiada lagi masalah keguguran rambut serta kelemumur. Yang bestnya, set penjagaan rambut ini boleh dikongsi untuk kegunaan sekeluarga..Berbaloi bukan???

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan yer...




Friday, 7 March 2014

Manfaat Nutriferon


Nutriferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari UniversityTokyo pada tahun 1954. SElepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah Berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi dunia (Nutriferon). Hasil gabungan 4 ekstrak  tumbuhan iaitu biji labu,bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai daya kebolehan untuk pengeluaran interferon bagi tubuh secara semulajadi.

Manfaat Nutriferon

v  Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan system imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells, B-cells dan makrofag.

v  Melawan Kanser & Tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. SElain dari itu, ia juga mampu untuk mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi

v  Melindungi dari influenza
Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi dan influenza.

v  Meringankan stress dan kelesuan
Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

v  Melambatkan penuaan
Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.JUsteru itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

v  Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan sebagainya

v  Mengurangkan simptom menopaus
Hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain yang berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik

v  Mengurangkan simptom PMS
Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan system endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood yang berubah-ubah

Berikut merupakan testimoni berkaitan pengunaan Nutriferon




Thursday, 6 March 2014

Cinch Energy Tea MIx - Penggalak Tenaga Semulajadi




Cinch Energy Tea Mix terdiri dari :

1)    Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat di alam daun the termasuk serat,mineral Dan antioksidan

2)    Red Tea Extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam the merah, yang dikenali sebagai polifenol – pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas.Ia merupakan antioksidan yang kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang dari merebak

3)    White Tea Extract
Juga dikenali sebagai the hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding the hijau

4)    Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan.Ianya kaya dengan sebatian polifenol



CINCH ENERGY TEA MIX turut mempunyai pelbagai khasiat seperti :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)

2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi

3) Mengurangkan kolestrol

4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya

5) Menguatkan tulang

6) Antibakteria dan antiviral

7) Menggalakkan kulit yang sihat

8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis

9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit

10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Cinch Energy Tea Mix ini berfungsi sebagai penggalak tenaga semulajadi.
Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Merupakan pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan kopi, air soda serta manisan.

Wednesday, 5 March 2014

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF



Penyusuan susu mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.


Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi (On Demand)

Bermaksud tidak menetapkan masa dan kekerapan penyusuan pada bayi. Ini dapat :
©       Mengekalkan penghasilan susu
©       Mengelakkan bengkak payudara
©       Merangsang pengeluaran susu dengan cepat

Bagaimana Memastikan Pengeluaran Susu Mencukupi

©       Mulakan penyusuan dalam masa 1 jam selepas kelahiran
©       Menyusui mengikut kehendak bayi
©       Tidak memberi minuman/makanan lain selain susu ibu
©       Pastikan pelekapan dan posisi semasa menyusu adalah betul
©       Tidak diberi putting tiruan/kosong
©       Pengambilan pemakanan seimbang dan air yang secukupnya untuk ibu

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.


Walaubagaimanapun, masih terdapat ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu.Ini akan menyebabkan bekalan untuk bayi tidak mencukupi dan seterusnya mendorong bayi kerap merengek,menangis kerana berasa lapar.

Di Shaklee, terdapat vitamin-vitamin yang dapat membantu para ibu dalam menggalak serta menghasilkan lebih banyak susu agar dapat membekalkan susu yang mencukupi untuk bayi anda. Antaranya ialah :

1)    Vita-Lea : penting untuk anda dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek kesihatan

2)    B – Complex : Amat penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi anda, di samping memastikan kesihatan mata, mulut dan kulit anda serta bayi .Ia juga turut membantu penghasilan tenaga dan darah.

3)    Vita - C :  Penting untuk mengoptimumkan imun system anda dan bayi, di samping membantu dalam penghasilan kolagen.Bagus untuk kulit yang cantik dan sihat.

4)    ESP : mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormone estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, isoflavone membantu melembab, menggebu serta menganjalkan kulit dan payudara.

5)    Alfalfa Complex : Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu, Alfalfa juga bagus untuk merendahkan kolesterol serta menyahtoksin.

6)    Ostematrix : ianya sangat penting untuk memastikan gigi dan tulang berada dalam keadaan yang sihat dan kuat.Ini kerana, susu badan mempunyai kalsium yang tinggi.Oleh itu,pastilah anda perlu mengekalkan kalsium yang tinggi kerana ianya akan diserap bagi penghasilan susu untuk bayi anda.





Monday, 3 March 2014

Promosi Mac 2014


Assalamualaikum..

Promosi ESP kembali lagi...beli 6 percuma 1..
Wahhh...pastinya berbaloi-baloi....buat pengguna tegar ESP,inilah saat terbaik anda untuk buat stok...

Keistimewaan dan Fakta tentang ESP?

·         Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

·         Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

·         Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

·         Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.

·         Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
·         Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster
·         Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)
·         Ibu mengandung : Untuk perkembangan fetus yang baik dan sihat serta membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil
·         Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Ianya juga memekatkan susu.Bermakna bila bayi menyusu, mereka akan cepat kenyang.
·         Wanita: Mencantikkan kulit wajah,memberi keanjalan kulit,mengurangkan minyak di kulit muka (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Jangan tunggu lama-lama lagi untuk mendapatkan promosi istimewa bulan Mac ini..

Hubungi saya :

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 0128-6672125
Email : arienavitaminshoppe@gmail.com

Saturday, 1 March 2014

Keistimewaan Herbal Blend Multipurpose Cream



Selain dari rangkaian-rangkain vitamin, Shaklee juga turut mengeluarkan produk kegunaan harian seperti Herbal Blend Multipurpose Cream ini.Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki
    Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse   chestnut yarrow dan rosemary.
Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak.
 
Keistimewaan Herbal Blend MultiPurpose

·         Boleh melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
·         Boleh menyelesaikan masalah kulit gatal
·         Boleh menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox
·         Boleh menghilangkan ruam pada bayi dan kanak-kanak
·         Boleh memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
·         Juga boleh digunakan sebagai losyen harian



Berikut merupakan testimoni-testimoni bagi penggunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ini.




Sememangnya keistimewaan herbal blend multipurpose cream tidak dapat disangkal lagi.Sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan seharusnya anda memilikinya satu untuk simpanan di rumah..  (~_*)

********************************************************************************************

ID : 1081894
Facebook : Ariena Vitamin Shoppe
SMS/Whatsapp : 018-6672125